Pengurusan Kewangan : Modul 1 – Cashflow

Ini modul pertama dalam Modul Kewangan INFAQ.
Cashflow = aliran tunai.

Lebih mudah, Nak kesan ke mana semua duit kita pergi. (Kata selalu tak nampak mana duit pergi kan?)

Formula INFAQ.
I – E = SR

I, income
E, Expense
SR, Surplus

Income = Pendapatan
Semua org yg bekerja ada income.
Ada orang dapat income sebab buat satu kerja.
Ada yang buat lebih dari dua,tiga kerja.

So, kita sendiri dah kenal pasti belum berapa income kita sebulan?
Ya, JUMLAH PENDAPATAN anda la.

Contoh :
Gaji Rm2000.00
Elaun Rm200.00
Jumlah Rm 2200.00

Kalau yang ada kerja luar,
contoh :
Upah Dropship : Rm200

So, total Rm2400.00

Perkara pertama dalam Pengurusan Kewangan ialah wajib mengenalpasti semua pendapatan yang ada.

Semua kena kira gaji tetap, gaji kerja luar, duit rumah sewa, duit elaun penasihat ke. Ok?

E, expense = Perbelanjaan

Bab belanja benda paling seronok.
Yela, sapa la yang tak suka shopppiinnnngggg hahaha.

Sama macam Income, kita wajib kenal pasti perbelanjaan bulanan kita.

Tak dapat 100% pun tak apa.
Dapat trace 80 ke 90 peratus pun dah cukup baik.

Dalam modul INFAQ, ada 14 pecahan utama.
Antaranya, hutang, perbelanjaan rumah, kenderaan, makan minum, yuran anak dan lain – lain lagi.

So, cuba ambil pen dan kertas.
Cuba senaraikan perbelanjaan yang kita kebiasaan buat.

Benda ni penting sebab wajib kenalpasti ke mana duit kita setiap bulan pergi.

Adakah hilangnya duit pendapatan kita itu dijalan yang benarrr..
Atau dijalan keghaibannn. hahaha

Antara tips nk trace ke mana perbelanjaan kita ni:

  1. Biasakan ambil resit
  2. Belanja guna Debit card atau online transfer
  3. Catatkan perbelanjaan setiap hari
  4. Asingkan duit siap2. Lebih masuk tabung. Kalau kurang jgn topup.

SR,
Surplus tu, lebihan. Lebihan tu bukan untuk enjoy. Tapi lebihan ini sebenarnya kena asingkan dulu.

Betul.
Dapat, asing, belanja. Cuba la buat.

Sebab itu kita sebut lebihan, bukan baki.

Ke mana sepatutnya lebihan itu disalurkan?
Tungguuu. Saya akan sentuh kesemua ini dalam modul lain.

Ashraf Mislan
INFAQ Consultancy

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *