Pengurusan Kewangan : Modul 2 – Nettworth
Modul kedua dalam Modul Kewangan INFAQ ialah Nettworth.
Sebaiknya bacaan ini anda mulakan dengan modul pertama iaitu modul Cashflow.

Modul ini bertujuan untuk mengimbangi antara Aset dan juga Liabiliti.
Aset? Mudahnya harta la.
Liabiliti? Mudahnya hutang atau bebanan terhadap kewangan.
Modul Cashflow dan Modul Nettworth ini adalah menjadi asas kepada pengurusan kewangan anda.
Kenapa asas?
Anda perlu memperbaiki pengurusan aliran tunai dan aset sedia ada terlebih dahulu barulah anda mampu mengatur startegi yang seterusnya.
Apa yang perlu dibuat?
Sama seperti modul pertama, kita wajib menyenaraikan kedua – dua nilai Aset dan Liabiliti yang kita ada dan jumlahkan nilai keseluruhan kedua – dua subjek ini.
Sebagai contoh :
ASET:
- Rumah : Rm 100,000
- Kereta : Rm 30,000
- Simpanan : Rm 5000
- Emas : Rm 2000
Jumlah = Rm 137,000
LIABILITI :
- Hutang Rumah : Rm 130,000
- Hutang Kereta : Rm 30,000
- Personal Loan : Rm 10,000
Jumlah = Rm 170,000
Jadi, untuk mendapatkan Nilai Aset Bersih, anda perlu :
Jumlah Aset – Jumlah Liabiliti.
Kalau ikut nilai yg diberikan,
Rm 137,000 – Rm 170,000 = – Rm 33,00.00
Wow, nilai aset bersih negative. Tak apa ke? Hehe.
Jawapannya pada anda,
nak tambah hutang ataupun nak uruskan kewangan anda. Ok?
Dalam modul ini, anda juga dapat mengenalpasti :
- Nettworth Ratio (Nilai ni makin tinggi makin bagus)
- Liability Ratio (Nilai ni makin tinggi makin bahaya)
Nilai Nettworth Ratio itu menunjukkan kemampuan aset kita bertahan jika dicairkan keseluruhannya dan berbelanja mengikut perbelanjaan semasa.
Liability Ratio pula nilai yang menunjukkan berapa tahun hutang kita mampu dilangsaikan (semuanya) jika keseluruhan pendapatan kita digunakan untuk membayar hutang itu sahaja.
(Maksudnya tak makan, tak minum, tak beli baju raya dan lain – lain, just bayar hutang sahaja)
So, kita tidak pernah terfikirkan tentang aset bersih, nisbah hutang dan nisbah aset sebelulm ini kan?
Berhenti buat hutang baru. Urus dan selesaikan hutang sedia ada.
Jom kita mulakan sekarang.
Ashraf Mislan
INFAQ Consultancy