Pengurusan Kewangan : Modul 3 – Savings
Modul ketiga dalam Modul Kewangan INFAQ ialah modul SAVINGS.
Savings ialah simpanan. Ramai yang menganggap simpanan ialah satu perkara yang mudah. Bahkan mereka juga tidak sedar tentang kepentingan dana simpanan dalam pengurusan kewangan.

Pada saya, mereka bukan tidak tahu tentang kepentingan simpanan. Namun sebenarnya mereka sangat sukar untuk berdisiplin dalam menyimpan.
Simpanan ialah pecahan daripada Surplus
Anda telah mengenalpasti Surplus ketika berada di dalam modul pertama, Modul Kewangan INFAQ.
Dalam modul Kewangan INFAQ, Surplus akan dibahagikan kepada tiga pecahan. Salah satu pecahan ialah kepada dana simpanan.
Kita mencadangkan jumlah simpanan yang baik adalah bersamaan dengan tiga hingga enam bulan pendapatan.
Contoh pendapatan Rm 3000.00
Jumlah simpanan = Rm 9000.00 hingga Rm 18,000.00.
“Wow, boleh ke? Ada jumlah banyak macam tu baik laburkan je.”
Ok, ini yg ramai dikalangan kita salah faham. Tak mengapa, kita cuba perbetulkan persepsi ini ya.
Yang pertama sekali kena faham, sifat simpanan ini perlu :
- Liquid – Mudah dicairkan
- No Risk – Tiada risiko
- No Charge – Tiada sebarang bentuk caj
Kenapa sifat simpanan perlu begitu?
Sebabnya ialah pada kegunaannya.
Dalam Modul Kewangan INFAQ, kita memikirkan sesuatu plan perancangan kewangan yang lengkap iaitu persediaan untuk jangka masa sederhana dan panjang.
Modul Savings ini disediakan untuk tujuan kecemasan yang mana seseorang individu itu mampu untuk bersedia, tetapi tidak terjangka.
Contohnya:
- Kereta rosak
- Paip bocor
- Keperluan pembelajaran anak
Dan paling penting sekali jika menghadapai ‘worst case scenario’ jika kita kehilangan kerja atau dibuang kerja. Pernah terbaca kan kisah syarikat – syarikat besar yang memberhentikan pekerja akibat ekonomi? Atau sebagai langkah pengurangan kos?
Adakah anda bersedia?
Jadi, dengan plan perancangan tiga hingga enam bukan gaji, anda mampu untuk ‘survive’ sebelum dapat kerja di tempat yang baru.
Tahun 2020 telah menyaksikan betapa pentingnya dana simpanan iaitu semasa dunia dilanda Virus Pandemik COVID-19 yang telah menyaksikan negara kita Malaysia telah mengambil langkah ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ atau PKP.
Semasa tempoh ini juga, ramai dikalangan kita yang mula kehilangan pekerjaan dan seterusnya telah hilang pendapatan dan mata pencarian.
Inilah mengapa Modul Kewangan INFAQ meletakkan Modul Savings ini sebagai modul ketiga terpenting.
Kerana jika anda diberhentikan kerja hari ini, PERBELANJAAN (E) masih tetap berjalan seperti biasa. Masih perlu belanja dapur, bayar bil, beli susu anak dan lain – lain. Betul kan?
Bagaimana untuk bermula?
Tiada cara yang peling tepat, namun mungkin ada cara yang bersesuaian dengan kita.
Cuba ikut langkah ini.
- Tetapkan matlamat untuk menyimpan. Pastikan matlamat jelas dan anda mampu untuk laksanakan.
- Bina mindset menyimpan. Buang nafsu untuk membeli sesuatu yang tidak diperlukan.
- Mulakan menyimpan walaupun sekadar duit syiling.
- Boleh mulakan dengan 1% daripada nilai gaji
- Tingkatkan nilai simpanan setiap bulan. 1% kepada 2% dan maksima 10%.
Ada juga cara menyimpan yang dikongsikan beberapa pakar kewangan seperti berikut:
- Buat autodebit – dari akaun gaji ke akaun simpanan lain.
- Sukarkan cara untuk pengeluaran duit. Iaitu pilih bank paling jauh atau sukar untuk dijumpai. Tidak melanggan Card ATM (Kalau boleh). Tidak melanggan Internet Banking bank tersebut. Paling mudah, tidak melanggan apa – apa kemudahan yang pihak bank sediakan.
- Simpan dan lupa.
Paling penting, cuba mulakan tabiat baru iaitu sukakan membaca buku dan penulisan kewangan. Ianya mampu membentuk mindset kewangan yang betul.
Anda dapat sesuatu yang saya cuba kongsikan?
Ashraf Mislan
INFAQ Consultancy