Pengurusan Kewangan : Modul 4 – Protection
Modul keempat dalam pengurusan kewangan INFAQ adalah Modul Protection.
Dalam modul ini, protection juga boleh disebut sebagai Takaful.
Ya, takaful. Ianya adalah salah satu item yang kurang digemari oleh kita. Betul?

Tak percaya?
Jika didatangi dua orang ejen kewangan ini, mana yang anda akan cuba elak untuk berjumpa dan mungkin anda ‘block’ phone number mereka;
- Ejen Bank
- Ejen Takaful
Ada jawapan?
Jika disekeliling saya, kebanyakkan individu akan mengalu-alukan ejen bank yang datang kepada mereka kerana jika berjumpa ejen bank, ‘kita akan dapat duit’ – Ya, boleh buat personal loan.
Tapi jika ejen takaful, sebolehnya kita akan cuba mengelak. Mungkin di antara kita ada pengalaman ‘lari’ daripada ejen takaful.
Namun, kedua – dua ejen ini ada kepentinganya dan mereka saling melengkapi.
Namun berbalik kepada modul protection, tidak boleh tidak, dan kesemua buku yang saya pernah baca atau perunding kewangan yang saya pernah jumpa, mereka akan memasukkan element perlindungan ini di dalam pengurusan kewangan mereka.
Protection : Langkah menghadapi ‘Financial Disaster’
Tujuan utama Protection adalah sebagai langkah persediaan jika berlaku kecemasan yang berpunca daripada ‘Financial Disaster’. Ianya sangat berbeza dengan apa yang telah disebut di dalam Modul Savings ( Modul Ketiga dalam Modul Kewangan INFAQ).
Apakah sebenarnya Financial Disaster ini?
Ianya berpunca daripada 3D. 3D ini ialah,
- DEATH
- DISABLE
- DISEASE
Death –
Jika ada seorang suami yang bekerja, bayangkan jika ‘D’ yang pertama ini berlaku. Adakah waris anda boleh dengan serta – merta berupaya untuk menggantikan pendapatan anda? Adakah waris anda bersedia untuk membayar hutang yang anda tinggalkan? Adakah waris anda bersedia untuk mencatu segala perbelanjaan sedia ada anda sekeluarga?
Disable –
Jika anda hilang upaya untuk bekerja – soalan yang sama di atas anda perlu tanya pada diri sendiri. Dannn, anda wajib menambah satu soalan lagi iaitu, bagaimana dengan kos makan dan minum?
Ya, mungkin anda rasa “kos makan minum tak meningkat, sebab sebelum ni pun makan dan minum juga”
Mungkin betul, tapi perlu diingat, jika tidak mampu untuk bekerja akibat (TPD – Total Permanent Disablity) pendapatan atau dalam Modul Kewangan INFAQ lebih mesra dipanggil “INCOME” anda tadi sudah tiada. Secara logiknya, jika tiada pendapatan, adakah Surplus, atau lebihan anda menjadi positive? Sudah tentu TIDAK.
Disease –
Sama seperti dua faktor di atas. Jika anda mengalami sakit yang kritikal, keadaan yang sama berlaku, iaitu anda tidak mampu untuk bekerja dan mencari pendapatan, dan pada masa yang sama anda masih memerlukan perbelanjaan untuk makan dan minum. Jadi, sudah bersediakah kita?
Selain itu, jika mengalami sakit kritikal, satu perbelanjaan tambahan yang anda sangat perlukan ialah perbelanjaan bagi menampung kos perubatan seperti ubatan, kos ke hospital dan lain – lain kos yang tidak terjangka.
Jadi masih soalan yang sama, sudahkan anda bersedia?
Jadi, nak tahu bagaimana Modul Protection ini membantu anda?
Ini adalah tiga fungsi utama perlindungan.
- Income Protection
- Debt Settlement
- Asset Preservation
Apa makna semua ini? Jom, teruskan membaca, saya huraikan ketiga – tiga ini dibawah.
INCOME PROTECTION
Fungsi utama takaful adalah untuk melindungi. Jika anda melanggan polisi yang betul, ianya mampu untuk melindungi pendapatan anda terutamanya ketika berlakunya financial disaster itu tadi. Takaful akan memberikan satu nilai pampasan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.
Dalam Modul Kewangan INFAQ, kita menetapkan nilai pampasan bersamaan dengan 10 tahun gaji. Cara pengiraan adalah seperti ini.
Jika gaji sebulan anda Rm 2500.00, maka gaji setahun ialah Rm 30,000.00. Maka untuk 10 tahun gaji adalah Rm300,000.00. (Berminat untuk dapatkan sebut harga, boleh PM saya).
Dengan adanya pampasan yang bertujuan untuk melindungi pendapatan, pampasan ini mampu bertahan selama 10 tahun dengan perbelanjaan kita yang sekarang. Ya – mampu menampung kos perbelajaan harian kita selama 10 tahun. Dan ianya boleh juga disalurkan ke tempat yang betul untuk tujuan pelaburan seperti Tabung Haji atau ASB.
DEBT SETTLEMENT
Pampasan takaful sebagai langkah penyelesaian hutang. Anda ada hutang? Confirm ada kan. Paling tidak, mesti ada hutang PTPTN. Kan? Hahaha. Banyak perkara mampu dilaksanakan dengan pampasan yang bakal diterima. Cuba kira hutang anda, berapa nilai keseluruhan hutang tersebut. Bersediakah waris kita untuk menyelesaikan hutang jika berlaku perkara yang tidak diingini berlaku?
Ibarat seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Ketua keluarga pergi selamanya, tidak meninggalkan harta untuk meneruskan kelangsungan hidup, tapi menambah beban dengan meninggalkan pelbagai hutang untuk waris.
ASSET PRESERVATION
Sering kali kita mendengar, sedikit demi sedikit aset yang kita miliki akan mula digadai sekiranya jika ditimpa penyakit kritikal. Kita akan mulakan menggadai atau menjual aset paling rendah, dan sehingga ada kes kita akan mula menjual aset yang besar seperti rumah atau tanah, semata – mata untuk membiayai kos perubatan yang tinggi.
Di sini takaful sebagai satu langkah untuk melindungi aset iaitu dengan salah satu caranya dengan melanggan Medical Card. Kos perubatan akan dibiayai oleh medical card dan selain itu perlindungan penyakit kritikal akan membantu dengan pampasan yang bakal diterima.
Secara kesimpulannya, takaful adalah perlindungan. Ianya bukan simpanan mahupun pelaburan. Maksima hanya 10% yang diperuntukkan dari gaji anda untuk melanggan takaful bagi diri sendiri.
Utamakan takaful untuk ‘Income Protection’ dahulu barulah anda fikir untuk mengambil ‘Medical Card’.
Di INFAQ, kami akan menasihati pelanggan untuk mengambil takaful yang bersesuainya dengan bajet yang ada. Ada yang serendah Rm42.00 sebulan. Kami juga akan menasihati pelanggan untuk membetulkan ‘mindset’ dalam menguruskan kewangan sedia ada. – ya, pengurusan kewangan bermula dari mindset.
Percuma analisa kewangan berpandukan Modul Kewangan INFAQ. Berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat? Isikan maklumat di bawah
Ashraf Mislan
INFAQ Consultancy
1 Response
[…] pula instrumen kewangan untuk memberi perlindungan kewangan sekiranya berlaku musibah kewangan atau financial disaster iaitu kematian, hilang upaya dan sakit kritikal atau disebut juga sebagai 3D (DEATH, DISABLE, […]