Pengurusan Kewangan : Modul 5 – Investment

Modul kelima dalam Modul Kewangan INFAQ ialah Modul Investment / Pelaburan. Modul pelaburan ini mungkin yang diminati oleh semua.

Sebab boleh buat duit. Kan? Haha.

Tapi sebentar ya. Tujuan kita wujudkan modul ini dalam modul kewangan INFAQ adalah kerana kita nak membetulkan mindset anda dahulu. Ok?

Mengapa?

Kerana nak buat pelaburan, kena ada matlamat yang jelas. Kemudian, kena ada ilmu.

Sifat utama pelaburan.

Sifat atau ciri pelaburan mempunyai salah satu atau kedua – dua faktor di bawah ini. Iaitu :

i. Passive Income
ii. Asset Growth

Apa maksudnya?

Contoh kita buat pelaburan untuk rumah sewa. Bayaran bulanan kepada pihak bank ialah modal di dalam pelaburan.

Jika kita berjaya menyewakan rumah tersebut, maka secara bulanan kita akan peroleh bayaran sewaan daripada pihak penyewa. Inilah yang dimaksudkan dengan Passive Income.

Manakala Asset Growth pula secara mudah disebut peningkatan nilai aset. Jika rumah yang sama tadi dibeli pada harga Rm250,000.00, harga itu akan mungkin akan meningkat selepas 5 tahun dari tarikh dibeli.

Kena faham, pelaburan ini bertujuan untuk jangka masa panjang. Kalau contoh nak jadi investor sepenuh masa, boleh tapi memerlukan ilmu dan pembelajaran yang lama kerana ianya pelaburan yang mempunyai risiko yang tersendiri.

Emas juga adalah salah satu jenis pelaburan. Ianya tidak memberikan Passive Income, akan tetapi ianya mempunya Asset Growth yang baik.

Tujuan sebenar pelaburan

Melalui Modul Investment ini, kita ingin menggariskan tujuan pelaburan adalah untuk :

  1. Retirement – Bersara. Apa yang kita nampak bersara ini satu zaman yang sangat indah. Tapi sudahkah kita bersedia sebenarnya untuk melalui zaman tersebut?
  2. Child Education – Kos pembelajaran anak pada 10 tahun lepas tidak sama dengan waktu sekarang. Jadi, pernahkah kita bayangkan kos untuk pembelajran anak – anak kita 15 ke 20 tahun akan datang?
  3. Menunaikan Haji – Menunaikan haji adalah salah satu rukan islam yang sangat dituntut. Ya betul, menunaikan haji bagi yang mampu. Jika melalui Tabung Haji, ianya lebih murah iaitu sekitar Rm10,000.00 termasuk sudsidi yang diberi. Namun ianya dibayar dengan masa. Ada yang perlu menunggu giliran sehingga 10 ke 20 tahun. Persoalannya, masih ada dayakah untuk kita?

Satu persoalan yang suka saya timbulkan, adakah Takaful mempunyai ciri – ciri pelaburan yang baik?

Betul, dalam produk takaful ada yang bercirikan ‘Investment Link’. Ramai ejen yang menjanjikan ‘pulangan’ selepas beberapa tahun mencarum takaful.

Inilah kesalahan semasa melanggan takaful. Menjanjikan pulangan kerana ianya mempunyai ‘simpanan’ selepas beberapa tahun, ianya tidak benar.

Contoh : “Tuan ambil takaful 3 in 1 ni, macam – macam tuan dapat. Ada saving ni. Nanti dalam dah beberapa tahun, tuan dapat la pulangan”.

Tapi, ada tak ejen tu terangkan risiko pelaburan tu?
Jawapan, tuan puan kena rujuk ejen masing – masing ya.

Di INFAQ Consultancy, kami menekankan bahawa takaful adalah perlindungan. Full Stop.

Inilah mengapa kita menerangkan Modul Savings dan Modul Protection secara berasingan kerana kesemua instrumen kewangan ini sememangnya berlainan.

“Habis macam mana dengan produk Investment Link tadi? Kenapa ada produk macam tu?”

Produk itu tidak salah sebab sudah diluluskan oleh pihak BNM. Namun dari segi etika ejen, menjanjikan nilai pelaburan kepada penyumbang takaful adalah tidak sepatutnya berlaku.

Perkara ini perlu ditekankan kerana telah dinyatakan secara jelas di dalam polisi takaful tersebut.

Jadi, apakah pelaburan yang boleh kita ceburi? Saya cuba listkan apa yang saya tahu.

  1. Pelaburan Hartanah
  2. Pelaburan Emas
  3. Pelaburan Unit Trust
  4. Pelaburan Saham
  5. Pelaburan Ekuiti
  6. Pelaburan Fix Deposit

Perlu diingat, sifat pelaburan ini sudah semestinya mempunyai risiko yang tersendiri. Jadi, pastikan mindset kita sedia dan lagi sekali saya ulang, pelaburan ini kebiasaan bertujuan untuk Pelan Jangka Masa Panjang.

Namun ada satu pelaburan yang kami di INFAQ Consultancy ini percaya sangat menguntungkan dan kurang berisiko. Berminat?

Jawapannya ialah pelaburan ilmu.

Carilah ilmu dengan menghadiri seminar, membaca buku atau boleh juga menyertai sesi coaching dengan individu yang anda gemari.

Berminat untuk penerangwn Modul Kewangan INFAQ bersama saya? Ianya pelaburan ilmu yang percuma.

Ashraf Mislan
INFAQ Consultancy

Klik di sini untuk mempelajari Modul Kewangan INFAQ

You may also like...

1 Response

  1. December 21, 2020

    […] SIMPAN dan LABUR, barulah kita dapat BINA […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *