Pengurusan Kewangan : Modul 6 – Purification
Modul keenam dalam modul kewangan INFAQ adalah purification atau penyucian. Perlu ke penyucian di dalam pengurusan kewangan?

Dalam modul sebelum ini, anda telah belajar tentang menguruskan Surplus iaitu di Modul Savings, Modul Protection dan Modul Investment.
Secara mudah, rujuk kepada Rukun Islam dan di situ terdapat kewajipan membayar zakat.
Dalil kewajipan berzakat ada disebut di dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 267 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu”
Zakat ini juga satu hukum yang mempunyai syarat. Antaranya :
- Islam
- Pemilikan sempurna
- Cukup Nisab
- Cukup Haul
- Harta yang berkembang
(Rujukan : Lembaga Zakat Selangor)
Jadi, sebagai orang islam yang mempunyai pendapatan sendiri, adakah kita masih ‘lari’ daripada menunaikan Rukun Islam Keempat ini?
Zakat bukan sekadar menunaikan kewajipan Zakat Fitrah di bulan Ramadhan itu sahaja.
“Habis tu?”
Zakat Harta. Kalau merujuk di Lembaga Zakat Selangor, zakat harta ini boleh dibahagikan kepada :
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Pelaburan
- Zakat KWSP
- Zakat Emas & Perak
- Zakat Takaful
Wah, banyakkan?
Merancang kewangan dengan baik, mampu untuk mempersiapkan diri untuk menunaikan kewajipan kita sekiranya telah mencukupi syarat – syarat yang ditetapkan.
“Saya tak tahu la semua itu”
Sebab itu kami katakan pada modul sebelum ini, pelaburan paling bernilai ialah pelaburan ilmu. Jika ingin mengetahui maklumat – maklumat tersebut, semua sudah dihujung jari anda.
Selain itu, penyucian dalam Modul Kewangan INFAQ ini juga boleh disalurkan melalui cukai yang dibayar kepada LHDN.
Cukai ini bertujuan sebagai dana pembangunan negara. Sebagai orang islam, kita boleh mendapat pelepasan cukai sekiranya membayar zakat melalui pusat kutipan zakat. (Alhamdulillah)
Jadi melalui modul purification ini, ada beberapa perkara yang kita boleh ambil ikhtibar. Antaranya :
- Menguruskan kewangan dengan baik mampu untuk memberikan manfaat kepada agama.
- Zakat bukan sekadar pada bulan Ramadhan sahaja. Kewajipan kita adalah juga untuk menunaikan zakat pendapatan. Carilah ilmu berkenaan zakat ini demi kepentingan agama.
- Anda tidak perlu ‘lari’ dari pegawai LHDN jika anda menunaikan kewajipan mengisytihar (declare) pendapatan setiap tahun. Dengan ilmu yang baik, anda dapat mengetahui pelepasan cukai yang boleh dinikmati.
Jika anda berminat untuk mendapatkan ilmu pengurusan cukai, boleh klik di sini.
Ashraf Mislan
INFAQ Consultancy