Pengurusan Kewangan : Modul 7 – Inheritance
Modul terakhir dalam pengurusan kewangan menggunakan Modul Kewangan INFAQ ialah modul inheritance. Sebelum ini, modul ini dikenali sebagai Modul Distribution.
Modul keenam dan ketujuh ini juga kita letakkan sebagai Akhirat Planning dalam pengurusan kewangan.

“Aiks, distribution? Pengagihan? Nak agih apa?” Soalan ini sering ditanya ketika modul masih dinamakan DISTRIBUTION.
Inheritance ialah pusaka. Secara asasnya, kita ingin menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menguruskan pusaka semasa hidup.
Dalam kehidupan kita, pengakhirannya adalah kematian. Semua manusia menuju pengakhiran yang sama tidak kiralah anda sangat berharta atau sederhana.
Jadi, dengan menguruskan kewangan dengan baik, anda mampu menjadikan harta anda itu satu bekalan di akhirat nanti InShaaAllah. Jika tidak mempunyai lebihan harta sekalipun, ianya tidak menjadikan anda ‘terlepas’ dari perkara ini.
Sebagai contoh harta yang perlu diuruskan :
- Jika bekerja sudah semestinya ada simpanan KWSP. Sudah lantik pemegang amanah?
- Jika ada sebuah rumah, adakah sudah diuruskan siapakah yang akan menerima rumah tersebut selepas kematian anda?
- Jika ada emas yang disimpan di rumah selama ini, adakah anda sudah bersedia untuk menghibahkan kepada sesiapa yang berhak?
- Jika anda ada pampasan takaful akibat kematian, adakah anda sudah menguruskan penerima hibah atau penama biasa? Jika penama biasa, adakah penama itu tahu beliau hanyalah sekadar pemegang amanah?
Banyak lagi isu – isu pewarisan atau pengagihan harta ini sebenarnya. Saya sendiri belum mampu untuk mengulas satu persatu dan ketika menulis penulisan ini, saya sangat berhati – hati agar tidak melakukan kesalahan dalam penulisan saya. Sekiranya ada, saya mohon maaf dan itu sememangnya kesalahan saya.
Jadi, jika anda mempunyai harta dan mempunyai lebihan, antara pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah seperti:
- Hibah
- Wasiat
- Wakaf
Pada pendapat saya, setiap umat islam wajib untuk mempelajari ilmu pengurusan pusaka ini. Terdapat kisah – kisah yang popular di kalangan masyarakat, untuk kita jadikan ikhtibar.
Saya juga akan membuat artikel khas berkenaan pengurusan pusaka agar kita semua lebih jelas dan tergerak hati untuk menguruskan aset dan liabiliti sedia ada, sebelum pergi menghadap Allah.
Pengurusan kewangan, ianya bermula sekarang. Jangan terlewat dan jangan sampai berlakunya ‘fitnah’ dalam pengurusan harta.
Ashraf Mislan
INFAQ Consultancy
Terlepas Modul Kewangan INFAQ yang lain? Cuba klik di sini untuk Modul Utama.