Suka ke sumbangan takaful mahal?

Anda dah ada kesedaran untuk ambil takaful? Tapi, tengok pada Quotation, kenapa sumbangan takaful tu mahal sangat?

Saya pernah dengar dengan telinga saya sendiri, ada individu yang membayar Takaful sehingga RM 1xxx.xx sebulan! Ini untuk seorang tau. Bukan satu keluarga.

Fuhhh, dahsyat betul ejen tu close. Bicara hati saya. Hehe.

Di INFAQ, kita menetapkan bayaran takaful untuk diri sendiri adalah tidak melebihi 10% daripada pendapatan bulanan kita.

Kenapa 10% sahaja?

Nak tahu kena set appoitment dengan saya, kita sembang sampai faham.

Kat bawah ni, saya tuliskan pendapatan bulanan dan anggaran manfaat yang kita perolehi dengan sumbangan bulanan yang dinyatakan.

Kita ambil contoh seorang lelaki berumur 30 tahun dan tidak merokok. Bekerja sebagai seorang penjawat awam (Pejabat)

Jommmmmmm!

Jika bergaji RM 1500.00 :

  1. Income Protection (Term 20 tahun) – RM 47.00 sebulan.
    Manfaat kematian & TPD – RM 200,000.00
    DAN
  2. Medical Card Cuepacs Care (Khas Penjawat Awam) – RM 40.00 (individu)

Atau

  1. Income Protection (Term 20 Tahun) – RM 136.34 sebulan
    Manfaat Kematian, TPD & Critical Illness – RM 300,000.00

Jika bergaji RM 2500.00 :

  1. Income Protection (Term 20 tahun) – RM 70.00 sebulan.
    Manfaat kematian & TPD – RM 300,000.00
    DAN
  2. Medical Card – RM 180.00
    Manfaat – R&B – RM 200.00 (Naik 10% setiap 3 tahun jika tiada tuntutan)
    Had Limit Seumur Hidup – RM 1,000,000.00 (Tiada limit tahunan)
    Manfaat Kematian dan TPD – RM50,000.00
    Ada Cash Value

Atau

  1. Income Protection (Term 20 Tahun) – RM 136.34 sebulan
    Manfaat Kematian, TPD & Critical Illness – RM 300,000.00
  2. Medical Card Cuepacs Care (Khas Penjawat Awam) – RM 106.00 (Keluarga)

Jika bergaji RM 3500.00 :

  1. Income Protection (Term 20 tahun) – RM 160.00 sebulan.
    Manfaat Kematian, TPD & Critical Illness – RM 350,000.00
    DAN
  2. Medical Card – RM 180.00
    Manfaat – R&B – RM 200.00 (Naik 10% setiap 3 tahun jika tiada tuntutan)
    Had Limit Seumur Hidup – RM 1,000,000.00 (Tiada limit tahunan)
    Manfaat Kematian dan TPD – RM50,000.00
    Ada Cash Value

Jika bergaji RM 5000.00 :

  1. Income Protection (Term 20 tahun) – RM 228.00 sebulan.
    Manfaat Kematian, TPD & Critical Illness – RM 500,000.00
    DAN
  2. Medical Card – RM 250.00
    Manfaat – R&B – RM 250.00 (Naik 10% setiap 3 tahun jika tiada tuntutan)
    Had Limit Seumur Hidup – RM 1,500,000.00 (Tiada limit tahunan)
    Manfaat Kematian, TPD & Critical Illness – RM100,000.00
    Ada Cash Value

Nice kan? Tak ada la sumbangan takaful jadi mahal sangat. Dan paling penting, berbaloi
Sebagai makluman, anggaran kiraan ini sekitar 10% sahaja dari gaji yang dinyatakan. Ya, tak lebih dan paling penting, anda mempunyai income protection yang mencukupi. Iaitu bersamaan 10 tahun pendapatan tahunan anda.

Anda dapat sesuatu tak daripada posting saya ini?

Jika bermanfaat, bantu saya share ya. Semoga ada manfaat untuk saya diakhirat nanti.

Ashraf Mislan
INFAQ Consultancy

P/S : Kiraan sumbangan adalah anggaran sahaja. Ianya mungkin berubah mengikut keadaan dan latar belakang peserta.

Berminat nak dapatkan Quotation Takaful secara percuma? Isi maklumat anda di bawah atau klik di sini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *