Perbezaan antara takaful dan insurans

Isu perbezaan antara Takaful dan Insurans (Konvesional) sudah lama diperkatakan. Walaupun sudah jelas produk takaful adalah yang patuh syariah, namun ramai dikalangan masyarakat masih tidak mengambil kisah berkenaan perkara ini.

Untuk mengetahui perbezaan kedua produk ini, kita perlulah memahami terma daripada sudut pengurusan kedua – dua produk ini.

INSURANS : KONSEP

Konsep di dalam insurans ini ialah untuk memindahkan risiko kerugian pembayar kepada syarikat insurans dan seterusnya dapat mengurangkan beban kewangan pembayar pada ketika dia sedang mengalami kerugian.

Dalam erti kata lain, pembayar premium dan syarikat insurans akan membuat pertukaran iaitu pembayar akan membayar premium bulanan, manakala syarikat akan melindungi ‘apa yang diinsuranskan’ daripada kehilangan atau kerosakan.

INSURANS : JENIS KONTRAK

Kontrak insurans ini adalah berasaskan kontrak pertukaran jual dan beli. Jadi, bolehkah insurans ini mematuhi rukun dan syarat akad jual beli? Apakah antara rukun dan syarat akad jual beli ini?

Antaranya :

  • Ada barang jualan (Subjek) dan berlaku pertukaran
  • Subjek mesti jelas dan dimilik oleh penjual
  • Tiada elemen riba, gharar dan maisir

Oleh yang demikian, insurans tidak mematuhi akad jual dan beli kerana yang pertama tiada subjek dan tidak berlaku pertukaran.

Selain itu, kontrak insurans konvesional ini tidak memenuhi syarat kontrak pertukaran jual-beli dan paling utama tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen seperti berikut :

  • Riba – Pampasan melebihi premium. Sebahagian besar pulangan pelaburan adalah dari riba dan perniagaan yang tidak patuh syariah.
  • Gharar – Ketidakpastian tentang barang jualan (subjek) yang dibeli. Jika tiada rugi, tidak mendapat apa – apa.
  • Maisir – Dalam bahasa yang mudah, ianya bermaksud judi. Jumlah tuntutan dipengaruhi oleh peluang. Syarikat insurans berjudi supaya jumlah premium yang dikutip akan melebihi jumlah tuntutan.

Kontrak yang berlaku di dalam sistem insurans konvesional ini juga adalah di antara pemegang polisi dan syarikat insurans itu sahaja.

TAKAFUL : KONSEP

Sebelum melihat kepada kontrak yang ada di dalam sistem takaful, mari kita lihat konsep yang dibawakan oleh produk ini.

Perkataan ‘takaful’ ini berasal daripada kata dasar Arab iaitu ‘kafalah’ yang bermaksud tanggungjawab atau jaminan.

’Takaful’ daripada sudut harfiah pula bermaksud menjamin bersama, tanggungjawab bersama, perkongsian jaminan atau aku janji bersama.

Ini bermaksud, ada tiga jenis kerjasama dalam takaful iaitu tanggungjawab bersama, pertolongan bersama dan perlindungan bersama.

TAKAFUL : KONTRAK

Kontrak di dalam produk takaful menggunakan konsep ‘tolong – menolong’. Ianya adalah satu sistem di mana peserta menyumbang kepada satu dana (tabung) dengan objektif untuk memberi jaminan bersama iaitu membayar ganti rugi (memberikan sumbangan) kepada peserta yang ditimpa musibah.

Sebagai peserta takaful, mereka bukan sahaja melindungi diri sendiri sahaja akan tetapi melindungi bersama peserta takaful yang lain.

Kontrak asas yang diguna pakai dalam sistem takaful ialah :

  • Tabarru’ – Derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan peserta takaful.
  • Wakalah – Prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain iaitu ejen (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal – hal yang boleh diwakilkan.
  • Mudarabah – Perkongsian
  • Ju’alah – Komisyen
  • Waqaf

Oleh yang demikian, peserta takaful adalah individu yang telah menyahut seruan Islam dalam membantu dan menyokong produk yang patuh syariah kerana produk takaful :

  • Tiada Riba – Kontrak tabarru’. Dana takaful dilaburkan di dalam instrumen kewangan patuh syariah sahaja
  • Tiada Gharar – Tiada kontrak jual beli. Jadi, tidak wujud isu ‘ketidakpastian’
  • Tiada Maisir – Pulangan yang diperolehi bukan hasil perjudian.

‘Sambil beri sumbangan, sambil dapat pahala’

INSURANS : PAMPASAN

“Ayah saya melanggan insurans dan kami sekeluarga telah mendapat pampasan. Apa yang perlu kami lakukan?”

Pampasan daripada syarikat insurans tidak boleh diambil secara keseluruhan. Jumlah bayaran pokok sahaja yang menjadi harta si mati dan ianya perlu diagihkan mengiikut sistem faraid.

Sebagai contoh :

Bayaran RM 100.00 sebulan selama 20 Tahun. Jumlah bayaran RM24,000.00.

Jumlah pampasan yang diberikan oleh pihak insurans kepada waris pula RM200,000.00.

Maka, baki yang layak diambil dan diagihkan oleh waris hanya RM24,000.00 sahaja. Manakala baki RM176,000.00 daripada pampasan polisi insurans ini wajib dilupuskan dengan menyerahkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam.

Baki pampasan tadi menjadi harta yang tidak layak atau dalam makna mudah ianya HARAM untuk diambil.

Wang pampasan insurans adalah HARAM

TAKAFUL : PAMPASAN

Dalam produk takaful, pampasan yang diperolehi adalah harus untuk diambil. Dalam makna mudah, boleh digunakan oleh waris bergantung kepada jenis pampasan iaitu hibah ataupun penama biasa.

Sebagai contoh :

Sumbangan bulanan RM42.00 selama 20 tahun.

Pampasan yang diperolehi RM200,000.00 boleh digunakan oleh waris.

Jika melalui hibah, boleh terus diguna pakai oleh penerima hibah. Baca di sini untuk Produk Hibah

Jika melalui penama, perlu diuruskan. Penama tidak berhak sepenuhnya ke atas pampasan dan perlu melalui proses faraid.

KESIMPULAN

Jadi secara kesimpulan, perbezaan antara takaful dan insurans adalah sangat jelas. Sebagai seorang islam yang beriman, adalah menjadi kewajipan untuk mengambil produk yang patuh syariah.

Dalam isu ini, jika berhajat mengambil produk perlindungan, takaful adalah pilihan yang wajib. Ini termasuklah sebarang bentuk takaful seperti takful keluarga, takaful kenderaan, takaful bagi pelancongan mahupun takaful untuk sebarang produk pinjaman perumahan.

Semoga diri kita jauh daripada Riba.

Nota Rujukan : Ustaz Lariba

Renungkan

Berminat untuk sesi konsultasi percuma? Isikan borang di bawah:

You may also like...

1 Response

  1. December 21, 2020

    […] Baca di sini maksud sebenar takaful. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *