Medical Card : Stand Alone vs Rider

Medical card adalah satu produk takaful yang sangat mendapat tempat di hati masyarakat. Buktinya, ramai beranggapan takaful itu ialah medical card. Kan?

Bagi yang nak ambil produk ni, pastinya anda selalu buat kajian dan mencari bahan bacaan sendiri kan? Pastinya ada yang pernah terjumpa dua jenis kad perubatan ini iaitu :

  • Medical Card Stand Alone
  • Medical Card Rider

MAKSUD

Maksud bagi medical card stand alone ini adalah merujuk kepada produk takaful yang semata – mata medical card.

Manakala medical card rider pula merujuk kepada produk medical card yang dilanggan bersama produk asas, sama ada produk Investment Link ataupun Produk Tradisional.

KELEBIHAN PRODUK

Kedua – dua produk mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jika matlamat asal anda adalah untuk memiliki produk takaful yang mampu melindungi kewangan jika dimasukkan ke hospital, kedua – dua produk ini adalah sangat sesuai

Kelebihan Medical Card Stand Alone ialah:

  • Lebih fleksibel kerana tidak bergantung kepada plan asas
  • Kebiasaannya, harga medical card ini lebih murah

Kelebihan Medical Card Rider pula :

  • Boleh menambah manfaat lain yang ditawarkan bersama plan asas seperti Elaun Hospital, Waiver, Sakit Kritikal dan lain – lain
  • Ada nilai tunai (Cash Value). Kelebihan ada nilai tunai ialah dapat menampung kenaikan harga atau sekiranya berlaku kekurangan bayaran atau short payment

KEKURANGAN

Kita manusia ni pun makhluk yang serba kekurangan. Kita tak sempurna. Apa tah lagi jika produk yang menusia hasilkan. Sudah pastinya ada kekurangan.

Kekurangan Medical Card Stand Alone ialah :

  • Tidak mempunyai nilai tunai (Cash Value). Pelanggan perlu membayar sumbangan takaful pada waktu yang ditetapkan untuk mengelakkan polisi lapse
  • Tidak boleh menambah manfaat tambahan seperti waiver. Kelebihan waiver ialah, jika orang yang dilindungi ditimpa penyakit kritikal, bayaran sumbangan polisi tidak perlu dibayar.

Kekurangan Medical Card Rider pula ialah :

  • Kebiasaannya harga sumbangan adalah lebih tinggi kerana mempunyai dana untuk diperuntukkan ke dalam nilai tunai
  • Wajib melanggan dan membayar polisi asas. Wajib, walaupun anda merasakan ianya tidak diperlukan

KESIMPULAN

Dua – dua produk ini mempunyai kelebihan dan kekuatan yang tersendiri. Namun, jika bertanya kepada saya, Medical Card Rider mempunyai sedikit kelebihan iaitu boleh menambah ‘rider’ yang penting.

Baca di sini untuk pilihan rider.

KLIK DI SINI UNTUK MEDICAL CARD STAND ALONE YANG BERBALOI

Masih mempunyai persoalan dalam memilih medical card? Tuliskan persoalan anda di bawah.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *