Panduan memilih Medical Card terbaik
Sebagai seorang pembeli, anda pastinya ingin memilih produk yang paling terbaik. Mudah kata, ‘kalau beli terus nak yang puas hati’. Begitu juga dalam memilih Medical Card atau Kad Perubatan ini.
Tidak mengira apa jenis produk, mahupun perkhidmatan, kita pastinya akan membuat ‘survey’ tentang sesuatu produk tersebut.
Sebenarnya, apa perkara yang perlu difokuskan dalam memilih kad perubatan?
TIPS MEMILIH MEDICAL CARD
#1 HAD TAHUNAN?
Fungsi had tahunan ialah sebagai penanda aras sesuatu tuntutan di dalam medical card. Kos – kos perubatan yang dikenakan akan ditolak daripada setiap had tahunan.
Semakin tinggi Had Tahunan adalah semakin baik. Jika ada syarikat yang menawarkan Had Tahunan ‘Unlimited’, yang itu mungkin boleh dipertimbangkan.
Sahabat kepada had tahunan ini ialah Had Seumur Hidup (Lifetime Limit).
Kebiasaan yang ditawarkan oleh syarikat takaful ialah Unlimited Lifetime Limit. Sebab itu saya katakan, cari Had Tahunan setinggi yang boleh.
Dan kena ingat, semakin tinggi Had Tahunan ini, kebiasaannya semakin tinggi sumbangan bulanan yang perlu dibayar.

Bagaimana jika kos rawatan yang dikenakan tadi melebihi Had Tahunan? Kos lebihan biasa ditanggung oleh individu tersebut.
#2 MEDICAL CARD STAND ALONE ATAU RIDER?
Saya ada ulas secara details isu ini di sini. Namun secara mudah, kedua – dua jenis medical card ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Yang terbaik, pilih kedua – duanya. Tetapi ianya bergantung juga kepada kemampuan kan.
Namun jika ditanya pada saya, medical card rider ada sedikit kelebihan.
#3 HARGA BILIK
Faktor seterusnya, ialah pemilihan harga bilik. Ataupun Room & Board. Secara mudah, semakin tinggi harga bilik, semakin mahal sesuatu kad perubatan.
Buka laman cari google.com, dan cuba membuat sedikit survey, berapakah kadar bilik di hospital – hospital swasta di Malaysia sekarang.
Sebagai contoh, jika di dalam polisi, had kelayakan bilik RM 150.00, tetapi anda dimsukkan ke bilik berharga RM 200.00, maka lebihan RM50.00 (semalam) akan ditanggung oleh anda.
#4 LOKASI HOSPITAL
Anda mengambil medical card, sudah pastinya sebagai salah satu langkah jika berlaku kecemasan dan persediaan jika perlu dimasukkan ke hospital.
Namun, apalah ertinya jika hospital yang dekat dengan rumah anda itu, tidak termasuk di dalam senarai hospital yang bekerjasama dengan syarikat takaful?
Dalam kata mudah, ‘takaful tak cover kalau masuk hospital tu’. Menyesal tak bayar? So, minta ejen anda tunjukkan senarai hospital kepada anda. Ok?
#5 WAIVER / PENGECUALIAN SUMBANGAN
Ini keistimewaan jika anda melanggan Medical Card Rider. Apa fungsi waiver ini?
Secara mudah, waiver berfungsi jika pemegang polisi telah disahkan menghidapi penyakit kritikal, sumbangan bulanan akan ‘dikecualikan’ dan manfaat medical card boleh terus dinikmati oleh peserta.
Secara logik, kalau dah menghidapi penyakit kritikal, boleh ke bekerja untuk membayar sumbangan bulanan?
Jika anda ambil untuk anak, ianya manfaat ‘Payor Rider’. Sama seperti waiver, cuma untuk medical card anak, ibu atau bapa yang akan membayar caruman kan?
Jadi, jika si pembayar (ibu atau bapa) disahkan menghidapi penyakit kritikal, kad perubatan boleh terus diguna pakai oleh anak tadi sehingga polisi matang.
#6 ELAUN HOSPITAL
Jika anda pemegang medical card, kebiasaannya jika dimasukkan ke hospital kerajaan (contoh kes – kes tertentu seperti COVID19), anda layak mendapat elaun hospital kerajaan mengikut kadar yang ditetapkan di dalam polisi.
Jika masuk hospital swasta? Boleh dapat elaun ke?
Boleh jika anda mengambil rider tambahan bagi Elaun Hospital. Nilai elaun berbeza mengikut produk.
Jadi, perlu ke elaun hospital?
Jika anda penjawat awam, mungkin tidak perlu. Tetapi jika anda pekerja swasta, ataupun anda mempunyai pendapatan bergaji hari, atau berstatus kontrak, mungkin rider elaun hospital boleh dipertimbangkan.
KESIMPULAN
Memilih medical card perlukan satu sesi soal jawab yang panjang. Jangan melanggan dengan emosi, namun pastikan anda betul – betul jelas dengan apa yang bakal anda dapat.
Ingat, tujuan kad perubatan ini ialah merujuk kepada fungsi ketiga takaful iaitu sebagai Asset Preservation. Baca di sini untuk penjelasan fungsi sebenar takaful.
Info ini saya kongsikan daripada Blog Guru saya.
Medical card Stand Alone dengan kadar mampu milik ada di sini.
Berminat untuk dapatkan sebut harga ? Isi maklumat di bawah.