Mitos takaful, anda wajib berhati-hati

Produk takaful adalah satu produk kewangan yang sangat istimewa. Namun pada masa yang sama, ianya juga produk yang ramai ramai dikalangan masyarakat kita tidak faham dan sebenarnya mempunyai mitosnya yang tersendiri.

MITOS? Ada ke? Salah satu punca anda tak ‘sign-up’ polisi sampai sekarang, mungkin apa yang anda dengar tu sebenarnya MITOS. Kalau betul, anda sebenarnya sangat rugi. Sebab kefahaman anda berkenaan perlindungan ini dah ‘lari’ jauh.

Jom kita tengok apa mitos yang selalu kita dengar :

MITOS 1 : TAKAFUL LEBIH BAIK DARIPADA AKAUN BANK.

Penah dengar? Ada yang sebut, ‘simpan’ dalam takaful lebih baik sebab kalau simpan dalam bank, dapat simpanan. Tapi kalau simpan bulanan dalam takaful, boleh dapat simpanan, boleh dapat sekali perlindungan.

Punca? Sebab ada ejen yang buat promosi tidak adil antara kedua instument ini. Ada juga yang terlampau ‘rajin’ siap buat jadual perbandingan.

Namun hakikatnya, Simpanan (Bank) dan Perlindungan (Takaful) adalah dua produk yang mempunyai fungsi dan keperluan yang berbeza.

MITOS 2 : MEDICAL CARD STAND ALONE TAK BAGUS SEBAB TAK ADA SIMPANAN

Pertama sekali, anda perlu mengetahui perbezaan kedua ini. Satu medical card rider (tambahan) dan satu lagi medical card stand alone.

Kedua – dua adalah produk yang bagus dan mempunya kelebihan tersendiri. Baca di sini untuk huraian lengkap.

MITOS 3 : DUIT CARUMAN BOLEH DAPAT BALIK WALAUPUN TAK BERLAKU APA – APA

Fuh, ini sebenarnya kenyataan ejen untuk ‘close case’ sahaja ni. Tapi pada masa sama, ejen dah ‘menipu’ sebenarnya.

Jika anda melanggan produk yang bersifat ‘insvestment link’, yang ada hanyalah ‘CASH VALUE’. Di dalam polisi pun dah menerangkan status cash value ini. Dan paling penting, ianya TIDAK DIJAMIN.

Jadi, bayarlah sumbangan bulanan anda seperti biasa. Jika dalam polisi ada menyatakan cash value, anggap la ianya seperti BONUS kepada kita satu hari nanti.

MOTIS 4 : BAYARAN SUMBANGAN MEDICAL YANG ADA SAVING NI TAK AKAN MENINGKAT.

Mitos lagenda ni. 10 tahun lepas pun dah dengar. Dalam insurance konvesional pun ada mitos ni. Dalam sejarah, belum pernah ada satu syarikat yang mampu menjamin, secara bertulis dalam polisi yang sumbangan bulanan akan kekal selama – lamanya.

MITOS 5 : PRODUK TAKAFUL MAHAL LEBIH BAIK DARIPADA YANG MURAH

Satu perbandingan yang kurang bagus. Takaful bukan produk fizikal seperti kereta, telefon bimbit, jam dan lain – lain. Ianya perlu seiring dengan keperluan kewangan seseorang. Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza.

MITOS 6 : PILIH TAKAFUL YANG ADA BRAND

Yang penting dalam perkhidmatan ini adalah kerana sifat perlindungan, bukan jenama. Kita melanggan produk ini, kerana perlindungan yang disediakan. Jenama boleh menjadi faktor ketiga atau keempat.

MITOS 7 : MEMBAZIR BAYAR KALAU TAK BERLAKU APA – APA

Mindset ini kena tolak jauh – jauh. Menjadi lumrah dan sifat manusia, akan jatuh sakit. Tidak kiralah sakit yang kritikal, atau sakit biasa.

Jangan rasa rugi, sebaliknya fikirkan lebih rugi jika berlaku kecelakaan, tapi kita tidak dilindungi.

MITOS 8 : TAKAFUL NI INSURANS KAN?

Takaful dan insuran konvesional ni sangat berbeza. Akad takaful ialah Tabarru’ dan Insuran pula akad jual beli. Ianya sangat berbeza. Saya ada huraikan di sini.

MITOS 9 : TAKAFUL NI TIPU JE SEBENARNYA. MASA SIGN MANIS, MASA NAK CLAIM, SUSAH!

Ini memang sebab utama produk ini tidak mendapat tempat dikalangan kita. Perlu difahami, polisi takaful itu ialah seperti kontrak persetujuan antara pemegang polisi dan juga syarikat. Semua perkara telah dinyatakan dalam polisi tersebut.

Sebagai langkah terbaik, kami sentiasa menasihati peserta untuk mengisytiharkan skop pekerjaan, penyakit sedia ada semasa mengisi borang permohonan.

Dah dapat polisi tapi tak berpuas hati? Anda ada masa 14 hari untuk membuat semakan dan batalkan jika tidak berpuas hati.

MITOS 10 : SYARIKAT TAKAFUL NI SEBENARNYA KAPITALIS, YAHUDI! NAK AMBIL PELANGGAN YANG SIHAT SAHAJA!

Itulah takaful. Ianya hanya memberikan perlindungan kepada individu yang sihat sahaja. Bisnes ini adalah untuk memberikan peluang kepada orang ramai menyertai plan perlindungan ketika sihat dan dapat menerima bantuan kewangan apabila sakit atau ditimpa musibah.

MITOS 11 : ADA SYARIKAT TAKAFUL YANG TAK PATUH SYARIAH

Semua syarikat takaful mempunyai penasihat syariah yang akan memantau produk – produk takaful sebelum dipasarkan. Pemantauan patuh syariah ini sekurang – kurangnya melalui tiga peringkat iaitu :

  • Pegawai pematuhan syariah
  • Penasihat syariah
  • Audit Syariah daripada pihak Bank Negara Malaysia

Jadi, kesimpulannya, semua syarikat takaful di Malaysia adalah patuh syariah.

KESIMPULAN

Pemahaman berkenaan produk perlindungan ini adalah sangat penting. Sebagai pelanggan, boleh teruskan membaca dan sebagai ejen, perlu menyampaikan maklumat yang betul dan telus. Jangan hanya mengejar komisyen, tetapi binalah perniagaan ini dengan ‘kepercayaan’.

Ingat, takaful perlukan kesedara, bukan paksaan.

Berminat untuk sesi konsultasi percuma? Isikan butiran di bawah:

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *