Pilihan Rider Medical Card di Malaysia

Kelebihan medical card BUKAN stand alone di Malaysia, ianya boleh ditambah dengan rider (tambahan) bersama plan asas. Ok, sebelum tu, apa plan asas?

Plan asas ni ialah plan utama yang membolehkan anda melanggan medical card sebagai rider. Contoh plan asas, Bayaran Rm80.00 sebulan untuk pampasan kematian dan hilang upaya berjumlah RM20,000.00. Kemudian, dari plan itu baru anda boleh ambil medical card rider.

So, anda dah ada satu plan asas dan satu medical card rider di Malaysia sekarang ni kan? Jadi, apa lagi pilihan rider yang ada?

INI RIDER TAMBAHAN YANG ANDA BOLEH PERTIMBANGKAN.

RIDER 1 : KEMATIAN & TPD AKIBAT KEMALANGAN

Pelan perlindungan tambahan yang memberikan bantuan kewangan sekiranya berlaku kematian (Death), keilatan kekal dan menyeluruh (TPD) dan keilatan kekal sebahagian (PPD).

Maksudnya, kalau ada rider ni, contoh berlaku kematian tu berpunca daripada kemalangan, dapat la tambahan pampasan.

RIDER 2 : ELAUN HOSPITAL

Pelan perlindungan tambahan yang memberikan elaun harian jika peserta dimasukkan ke dalam hospital. Antara syarat elaun harian ni:

  • Layak mohon selepas 30 hari sijil takaful berkuatkuasa KECUALI kes kemalangan
  • Masuk ke dalam wad lebih dari enam jam
  • Had sehingga 180 hari bagi setiap tuntutan
  • Had seumur hidup 365 hari

Jumlah elaun harian bergantung kepada caruman dan polisi.

RIDER 3 : COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENTA BENEFIT (CPAB)

Pelan perlindungan tambahan untuk bantuan kewangan terhadap kemalangan yang mengakibatkan kematian, hilang upaya dan juga pembayaran semua belanja perubatan.

Pelan ni hampir sama macam RIDER 1 di atas, tetapi lebih luas skop perlindungan. Jom tengok manfaat – manfaatnya.

  • Sebarang kematian(Death) yang diakibatkan oleh kemalangan
  • Total Permanent Disability (TPD) akibat kemalangan. Keilatan telah berlaku sekurang – kurangnya enam bulan.
  • Partial & Permanent Disability (PPD). Biasanya terdapat jadual manfaat sekiranya berlaku PPD ini. Contoh kehilangan jari, hilang pendengaran yang tidak dapat dipulihkan dan lain – lain lagi.
  • Total & Temporary Disability (TTD). Peserta tidak dapat menjalankan perniagaan atau pekerjaan dalam tempoh tertentu
  • Partial & Temporary Disability (PTD). Kecacatan yang menghalang peserta dari menjalankan sebahagian perkerjaan atau perniagaan tetapi peserta tidak mengalami TTD
  • Medical Surgical Expenses Reimbursement (MSER). Pembayaran balik perbelanjaan perubatan dan pembedahan akibat kemalangan
  • Outpatient Medical Reimbursement Benefit (OMRB). Pembayaran balik rawatan pesakit luar akibat kemalangan

Namun begitu, terdapat syarat bgi Rider CPAB ini.

  • Kematian – Berlaku dalam tempoh 90 hari dari tarikh kemalangan
  • PPD – Keilatan tersebut mestilah berlaku dalam tempoh dua belas dari tarikh kemalangan berlaku
  • TTD – Selama tujuh hari berturut – turut akibat daripada kemalangan. Jumlah minggu maksima yang dilindungi adalah 52 minggu bagi setiap kemalangan. Peserta tidak bekerja atau masih belajar tidak layak untuk menerima manfaat ini
  • PTD – Selama tujuh hari berturut – turut akibat daripada kemalangan. Jumlah minggu maksima yang dilindungi adalah 52 minggu untuk kedua – dua TTD dan PTD. Peserta tidak bekerja atau masih belajar tidak layak untuk menerima manfaat ini
Jadual Manfaat Pelan CPAB.

Perlu difahami, kemalangan yang dinyatakan ini adalah sebarang jenis kemalangan yang berlaku dalam kehidupan seharian.

RIDER 4 : PENYAKIT KRITIKAL

Pelan perlindungan sekiranya peserta disahkan menghidapi penyakit kritikal. Terdapat 36 penyakit kritikal yang akan dilindungi. Terdapat dua jenis iaitu:

  • Accelerated – Jumlah perlindungan diambil daripada pelan asas
  • Additional – Tambahan kepada jumlah perlindungan asas.

RIDER 5 : PENYAKIT KRITIKAL KOMPREHENSIVE (CCIB)

Bantuan kewangan jika menghidapi penyakit kritikal, penyakit pemulihan diabetis dan kanser pada semua tahap. Rider ini perlu dihuraikan secara khusus.

RIDER 6 : WAIVER (PENGECUALIAN SUMBANGAN)

Sekiranya peserta telah disahkan menghidapi salah satu daripada penyakit kritikal, semua sumbangan untuk masa akan datang akan diuruskan oleh pihak syarikat.

Contoh : Sumbangan takaful sekarang ialah RM100.00. Setelah disahkan menghidapi penyakit kritikal, beliau tidak perlu membayar sumbangan yang bernilai RM100.00 itu.

Rider ini sangat digalakkan untuk diambil.

RIDER 7 : PAYOR (PEMBAYAR)

Hampir sama seperti manfaat rider waiver. Tetapi pilihan rider payor ini boleh dilanggan jika mengambil medical card untuk anak atau pihak ketiga.

Contoh, ayah ambil untuk anak. Ayah disahkan menghidapi penyakit ktikal. Jadi, sumbangan takaful untuk masa akan datang tidak perlu di bayar.

Jadi itu antara rider yang boleh ditambah di dalam pelan medical card anda. Ada juga rider lain seperti Rider Lady dan Rider Child. Namun perlu diulas lebih terperinci.

Kalau pilihan saya? Saya akan ambil Rider Penyakit Kritikal, Rider Waiver / Payor. Kalau bajet saya tinggi, saya akan ambil Rider Comprehensive.

Apa yang penting, pastikan anda memilih manfaat yang ada perlukan sahaja kerana setiap tambahan rider mungkin akan menyebabkan sumbangan bulanan berubah.

Klik di sini untuk Medical Card Bajet di Malaysia.

Info tambahan plan rider boleh rujuk di sini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *