Pemilik Medical Card? Ini yang anda perlu tahu

Sebagai pelanggan kepada produk takaful, adalah sangat sukar untuk memahami setiap istilah ataupun terma yang ada di dalam medical card.

Namun begitu, berikut adalah beberapa perkara yang boleh dikategorikan sebagai WAJIB difahami sekiranya anda adalah pemilik Medical Card

SEMAK MEDICAL CARD ANDA – 11 PERKARA YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN

#1 KADAR SUMBANGAN

Anda perlu mempunyai mindset yang betul berkenaan kadar sumbangan medical card. Ini kerana ianya akan meningkat dalam tempoh yang tertentu. Setakat ini belum ada medical card yang kadar bayarannya tetap. Mengapa? Kerana kos perubatan sentiasa meningkat.

#2 KO-TAKAFUL

Kadar yang telah ditetapkan di dalam perjanjian (polisi) di antara peserta takaful dan syarikat pengendali jika pemegang polisi di masukkan ke hospital. Kebiasaannya, medical card yang mempunyai ciri ko-takaful mempunyai sumbangan bulanan yang lebih murah.

#3 KO-PAYMENT

Bayaran yang perlu ditanggung oleh peserta takaful sekiranya pelanggan ‘upgrade’ ke kadar bilik yang lebih tinggi.

Ada juga jenis medical card yang menetapkan syarat jika tuntutan tahun tersebut melebihi beberapa peratus nilai Had Seumur Hidup, lebihan tuntutan itu akan dikenakan ko-payment (bayaran bersama).

Ko-takaful dan ko-payment adalah dua istilah yang berbeza. Sila rujuk syarikat takaful anda untuk maksud yang lebih tepat.

#4 HAD TAHUNAN

Had untuk peserta takaful ‘claim’ jika dimasukkan ke hospital. Jumlah had tahunan bergantung kepada polisi yang dikeluarkan. Lebih biasa disebut sebagai ‘ANNUAL LIMIT’.

#5 HAD SEUMUR HIDUP

Kebiasaan disebut sebagai ‘LIFETIME LIMIT’. Ini adalah had seumur hidup yang layak dituntut bagi pemegang medical card. Kebiasaannya nilai had seumur hidup adalah sangat tinggi. Contohnya RM 1 juta, RM 1.5 juta dan ada juga had seumur hidup yang ‘unlimited’.

Jangan terlampau fokus pada had seumur hidup. Kebiasaan mencukupi. Namun, berikan keutamaan pada had tahunan. Pilih had tahunan yang tinggi atau tanpa had tahunan.

#6 FASAL PENGECUALIAN

Ini perkara yang dikategorikan ‘AMAT PENTING’ dalam apa jual polisi takaful. Cuba cari dan fahami di dalam polisi takaful anda (sama ada polisi takaful medical card ataupun hayat) tentang perkara ini.

Ianya akan menyatakan perkara dan situasi – situasi yang peserta tidak layan untuk ‘claim’ sekiranya dimasukkan ke hospital. Setiap polisi syarikat mempunyai klausa yang berbeza – beza antara satu sama lain.

#7 TEMPOH MENUNGGU

Tempoh bagi sesuatu polisi itu berkuat kuasa SEPENUHNYA. Ianya mungkin dari 30 hingga 120 hari.

#8 TEMPOH MENUNGGU PENYAKIT KHUSUS

Kes yang memerlukan tempoh menunggu yang lebih lama dari 120 hari seperti sakit sedia ada yang memerlukan pemerhatian dan laporan doktor.

#9 KLAUSA PENGUBAHAN POLISI

Syarikat berhak membuat perubahan terhadap polisi TANPA persetujuan peserta. Ianya sekadar notis dalam tempoh tertentu untuk menjadikan terma dan syarat polisi berubah mengikut kehendak syarikat

#10 THIRD PARTY ADMINISTRARION (TPA)

Ianya BUKAN seperti polisi third party kenderaan. TIDAK SAMA!

TPA bagi medical card merujuk kepada syarikat operator yang menguruskan GL dan urusan kemasukan wad yang tertakluk di bawah Bank Negara Malaysia.

#11 LAWATAN DOKTOR

Had lawatan doktor setiap kali dimasukkan ke hospital. Sebagai contoh, jika Had lawatan doktor sekali, tetapi atas sebab tertentu, doktor melawat pesakit dua kali, maka kos lawatan tambahan tersebut akan ditanggung oleh pihak peserta.

#12 PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *