Pengurusan Kewangan – Modul Kewangan INFAQ
Pernah tak kita merancang untuk menguruskan kewangan kita? Dan berapa kali dalam perancangan kewangan itu, kita berjaya?
Oleh itu, dalam menguruskan kewangan, sebenarnya kita memerlukan satu panduan sebagai rujukan. Mengapa? Supaya kita masih dalam ‘on track’ dan akhirnya mencapai matlamat kewangan.
Di INFAQ Consultancy kami menggunakan Modul Kewangan INFAQ sebagai garis panduan untuk membantu merancang kewangan pelanggan.
Perkataan INFAQ adalah akronim daripada Intelligent and Financial Quetient. Selain itu perkataan ‘infaq’ juga dekat di hati masyarakat dan mempunyai kaitan dengan kewangan.
Pengasas INFAQ Consultancy ialah Tuan Afyan Mat Rawi. Seorang perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) oleh INstitut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) di bawah Bank Negara Malaysia
7 MODUL KEWANGAN INFAQ
Secara asasnya, terdapat 7 modul yang telah dirangkumkan di dalam modul ini.
MODUL 1 : CASHFLOW (ALIRAN TUNAI)
Cashflow adalah asas dalam perancangan kewangan yang mana ianya meliputi aspek pendapatan dan perbelanjaan. Dalam modul ini akan fungsi Formula Cashflow iaitu I-E=Sr.
Penerangan lanjut berkenaan Modul Cashflow ada di sini.
MODUL 2 : NETTWORTH (PENGURUSAN ASET)
Nettworth pula ialah perancangan aset dan pengurusan hutang. Dalam modul ini, akan dijelaskan imbangan antara aset dan liabiliti. Tujuannya supaya aset dan dana sedia ada cukup untuk menghadapi masa hadapan serta dapat melihat hutang seseorang supaya ianya terkawal dan tidak membebankan.
Penerangan lanjut Modul Nettworth ada di sini.
MODUL 3 : SAVING (SIMPANAN)
Ianya menjadi kayu ukur tahap pengurusan kewangan seseorang. Mengapa? Seseorang yang mampu menguruskan simpanan dengan baik, maka beliau sudah bersedia untuk menguruskan instrument kewangan yang lain.
Penerangan lanjut Modul Saving ada di sini.
MODUL 4 : PROTECTION (PERLINDUNGAN)
Individu yang sudah bekerja dan mula menyimpan, memerlukan satu instrumen untuk melindungi aset yang dimiliki. Modul ini akan menerangkan kepentingan perlindungan dalam pengurusan kewangan terutamanya persediaan menghadapi Financial Disaster.
Penerangan lanjut Modul Protection ada di sini.
MODUL 5 : INVESTMENT (PELABURAN)
Mempunyai simpanan yang banyak adalah sangat bagus. Namun, terdapat inflasi yang boleh menyebabkan nilai simpanan menurun. Dengan pelaburan, mampu untuk meningkatkan pendapatan namun perlu bersedia untuk menghadapi risiko.
Penerangan lanjut Modul Investment ada di sini.
MODUL 6 : PURIFICATION (PENYUCIAN HARTA)
Dalam mencari harta dan wang, Islam mewajibkan zakat untuk memastikan setiap wang dan harta yang kita miliki bersih dan suci. Sebahagian harta yang kita cari sebenarnya adalah milik orang lain yang kurang berkemampuan.
Penerangan lanjut Modul Purification ada di sini.
MODUL 7 : INHERITANCE (PUSAKA)
Harta dan segala aset tidak dibawa ke kubur. Ianya akan menjadi milik orang lain seperti waris kita. Namun jika diuruskan, harta juga mampu menjadi bekalan di akhirat nanti.
Penerangan lanjut Modul Inheritance di sini.
KESIMPULAN
Dalam menguruskan kewangan, penting untuk kita menetapkan matlamat. Seterusnya, perlu untuk mengetahui perbezaan setiap instrumen kewangan seperti simpanan, pelaburan dan perlindungan.
Jika produk kebersihan seperti sabun mempunyai banyak jenis seperti sabun mandi, sabun kereta, sabun basuh baju, sabun pinggan dan lain – lain. Masing – masing mempunyai peranan tersendiri.
Begitu juga diibaratkan di dalam produk kewangan. Ada fungsinya untuk pelaburan seperti unit trust, saham, emas dan hartanah. Ada yang berperanan untuk simpanan seperti bank simpanan, tabung haji, ASB dan lain – lain.
Dan yang paling unik, produk perlindungan iaitu takaful yang berfungsi untuk melindungi aset dan pendapatan. Klik di sini untuk permohonan secara online.
Jom mulakan perancangan kewangan anda sekarang.
Berminat dengan sesi konsultasi percuma? Isikan maklumat anda di bawah:
|