Review polisi takaful, perlu atau tidak?

“Saya ni dah langgan takaful 15 tahun yang lepas. Kenapa perlu nak review polisi saya?”

Soalan ni sangat popular jika kami menawarkan perkhidmatan review polisi secara percuma. Jadi sebenarnya perlu atau tidak polisi sedia ada disemak semua secara telus?

Baik. Bagi menjawab persoalan itu, cuba renungkan beberapa perkara.

  • Adakah tuan masih menggunakan kereta yang sama 15 tahun lepas?
  • Adakah tuan masih menggunakan telefon yang sama 15 tahun lepas?
  • Adakah pendapatan tuan masih jumlah yang sama 15 tahun lepas?

Itu gambaran yang mudah. Maksudnya, situasi kita sekarang dengan 15 tahun lepas adalah sangat berbeza.

Perkara ini perlu berbalik semula kepada Tiga Fungsi Utama Takaful iaitu :

  1. Income Protection
  2. Debt Settlement
  3. Asset Preservation

Apabila menjalankan perkhidmatan ‘Policy Review’ ini, perlu seiring dengan konsep Modul Kewangan INFAQ.

Jika 15 tahun lepas, jumlah pendapatan setahun ialah RM24,000.00 dan pendapatan kita hari ini pula mencecah RM42,000 setahun, maka jumlah perlindungan yang diperlukan sudah pasti berbeza.

“Ala, ko mesti sembang sebab nk orang sign-up polisi dengan ko kan?”

Tuan, jika ini perkara yang terlintas difikiran, maka bacaan tuan boleh berhenti di sini. Jika berminat, boleh teruskan.

FOKUS KEPADA TUJUAN ASAL PERLINDUNGAN

Fungsi utama takaful adalah sebagai Income Protection. Ianya membantu pemegang polisi untuk menggantikan pendapatan sedia ada jika berlakunya Financial Disaster.

Jika 15 tahun lepas, anda mempunyai satu hutang, pada hari ini mungkin hutang anda lebih dari satu institusi kewangan. Dulu mungkin ada hutang kereta, hari ini mungkin sudah ada hutang rumah, hutang motor, hutang PTPTN, hutang pinjaman peribadi, hutang perabot, kad kredit dan lain – lain lagi..

Inilah fungsi kedua takaful iaitu sebagai Debt Settlement. Berapa banyak hutang yang tuan puan ada? Dari jumlah itu, berapa banyak pula hutang yang sudah tersedia takaful?

Jika tiada takaful, bagaimana untuk menyelesaikan hutang tersebut jika berlaku Financial Disaster? Cukupkah polisi yang sedia ada ini untuk membantu? Lebih teruk jika polisi sedia ada hanya menyediakan ‘Medical Card’ sahaja.

Jika 15 tahun lepas, kita tidak mempunyai aset, namun hari ini mungkin kita sudah ada beberapa aset. Namun sedarkah aset- aset kecil ini akan mula dicairkan jika ditimpa Penyakit Kritikal?

Jadi, inilah fungsi ketiga takaful iaitu sebagai Asset Preservation. Bagaimana ianya berfungsi? Ianya melalui Plan Medical Card. Untuk mengelak situasi di atas iaitu mengelak aset sedia ada dicairkan untuk menampung kos perubatan.

Inilah yang saya katakan pada awal penulisan, perkhidmatan review polisi sedia ada perlu dijalankan secara professional dan tersusun. Kami bukan minta anda membatalkan polisi sedia ada, tapi kami akan memberikan penerangan yang lengkap berkenaan pengurusan kewangan.

Sebelum terlupa,

Salah satu perkara paling utama untuk review polisi sedia ada adalah untuk memastikan anda melanggan produk takaful dan bukannya insuran konvesional.

Kenapa? Insuran Konvesional ini terbukti haram di sisi agama. Baca di sini perbezaan jelas antara takaful dan insurans konvesional.

Berminat nak kami review polisi sedia ada? Isikan maklumat di bawah. Kami akan hubungi anda secepat mungkin.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *