Segalanya Tentang Hibah Couple Policy

Perlu difahami, Hibah Couple Policy ialah konsep yang di bawakan oleh kami di INFAQ Consultancy untuk menggalakkan setiap pasangan mengambil takaful dan memberikan hibah tersebut kepada pasangan masing – masing.

Cuba klik di sini. Kisah (drama) kelebihan pampasan takaful kepada waris.

Disebabkan ianya adalah konsep, maka kami akan menggunakan dua produk kami yang sangat mampu milik. Di bawah kami sertakan butiran. Jika tuan puan berminat, habiskan bacaan di dalam artikel ini ya.

Rule of thumb : Sumbangan rendah, perlindungan yang tinggi

Dua jenis produk yang kami gunakan ialah :
* Produk Value Term
* Produk Ikhlas Dariku

Produk 1 : Value Term

Perlindungan yang diberikan di dalam produk ini ialah dari segi manfaat kematian (death) dan juga Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) atau lumpuh kekal. Manfaat akan dibayar sekiranya salah satu perkara daripada perkara di atas (yang mana terdahulu)

Kelebihan produk value term :

Kelebihan Pertama
Sumbangan rendah. Bermula RM34 bergantung kepada umur

Kelebihan Kedua
Perlindungan tinggi. Bermula RM200,000 bagi satu polisi

Kelebihan Ketiga
Menggunakan konsep ‘term’ atau bertempoh. Ada dua pilihan tempoh iaitu renew setiap 10 tahun atau renew setiap 20 tahun

Kelebihan Keempat
Sepanjang tempoh yang dipilih, sumbangan akan dijangka kekal (tidak ada kenaikan)

Kelebihan Kelima
Polisi matang sehingga orang yang dilindungi berumur 80 tahun

Kelebihan Keenam
Permohonan Badal Haji secara percuma. Kos akan ditolak daripada pampasan yang diterima

Kekurangan produk value term :

Kekurangan Pertama
Tiada nilai tunai sekiranya tidak ada apa – apa berlaku selepas polisi matang (umur 80 tahun)

Kekurangan Kedua
Tiada nilai tunai sekiranya peserta menarik diri walaupun selepas lima tahun ke atas

Kekurangan Ketiga
Tiada tunai atau sesuatu jumlah yang diberikan sebagai khairat kematian

Rujuk anggaran sumbangan bulanan seperti di bawah :

* Jadual di atas sebagai rujukan sahaja
* Sumbangan tidak dianggap tepat kerana bergantung kepada umur akan datang pemohon

Dapat sesuatu?
Jom ke produk kedua. Kami sertakan di sini, untuk memudahkan tuan/puan terus buat perbandingan.

Produk 2 : Ikhlas Dariku

Produk ini memberikan perlindungan kepada kematian sahaja. Namun keunikan produk ini adalah kerana mempunyai manfaat kematian berganda mengikut punca kematian. Selain itu, produk ini juga mempunyai rider atau pun tambahan manfaat yang membantu melengkapkan produk ini.

Kelebihan ikhlas dariku :

Kelebihan Pertama
Sumbangan yang masih mampu milik. Bermula RM80 dengan perlindungan dicadangkan bermula RM100,000

Kelebihan Kedua
Mempunyai manfaat berganda mengikut punca kematian. Contoh seperi berikut :

Pampasan Asas (Selain daripada yg di bawah) : RM300,000.00
Akibat kanser : RM600,000.00
Akibat kemalangan : RM900,000.00
Kematian ketika menunaikan Haji atau Umrah : RM1,200,000.00

Kelebihan Ketiga
Mempunyai Accelerated Death Expense. Sebanyak 10% atau maksima sehingga RM20,000 akan dibayar kepada waris dalam masa terdekat tanpa melalui prosedur biasa. Konsep seumpama khairat kematian.

Kelebihan Keempat
Ada tiga jenis tempoh kemasukan iaitu. Dijangka tiada perubahan bayaran sepanjang tempoh yang dipilih, namun ianya tertakluk pada prestasi tuntutan oleh semua peserta.
i. Tempoh selama 30 tahun
ii Tempoh sehingga pemohon berumur 70 tahun
iii. Tempoh sehingga pemohon berumur 80 tahun

Kelebihan Kelima
Ada ganjaran Tunai Peristiwa Kehidupan. Bonus yang hadiahkan oleh syarikat kepada peserta yang layak. (Tidak menganggu sebarang dana tabungan peserta). Antara peristiwa yang membolehkan ganjaran ini dinikmati ialah :
i. Berkahwin
ii Mendapat anak
iii. Membeli rumah
iv. Menunaikan Fardhu Haji
v. Mengembara ke lima buah negara berbeza

Kelebihan Keenam
Boleh tambahan Rider (dianggap sebagai pelengkap kepada produk). Tambah rider bermaksud tambah jumlah sumbangan. Dua pilihan rider ialah :
i. Total Permanent Disability Waiver Rider
ii. Critical Illness Waiver Rider

Kelebihan Ketujuh
Ada nilai tunai / cash value. Terdapat dana tabungan yang diperuntukkan dalam setiap sumbangan bulanan. Boleh dikeluarkan selepas beberapa tahun.

Kelebihan Kelapan
Permohonan Badal Haji secara percuma. Kos akan ditolak daripada pampasan yang diterima

Kekurangan produk ikhlas dariku :

Kekurangan Pertama
Tiada auto-renew. Jika polisi matang pada umur 60, selepas itu tidak boleh sambung. Kena mohon baru.

Kekurangan Kedua
Tiada manfaat TPD atau Critical Illness. Tetapi boleh dilengkapkan dengan TPD Waiver Rider.

Kekurangan Ketiga
Sumbangan lebih mahal berbanding Value Term. Ianya kerana produk ini mempunyai nilai tunai atau cash value.

Rujuk anggaran sumbangan bulanan seperti di bawah (LELAKI) :

Rujuk anggaran sumbangan bulanan seperti di bawah (PEREMPUAN) :

* Jadual di atas sebagai rujukan sahaja
* Sumbangan tidak dianggap tepat kerana bergantung kepada umur akan datang pemohon

Berminat? Klik link di bawah untuk set temujanji bersama.
http://nak.la/SignUpTakaful

InShaaAllah jika tuan/puan sudah membaca ke tahap ini, saya yakin kesedaran tuan/puan berkenaan takaful semakin tinggi.

Masih kurang yakin pentingnya takaful? Jom teruskan bacaan.

Fungsi Utama Takaful

Tiga sahaja fungsi utama takaful iaitu :
i. Income Protection
ii. Debt Settlement
iii. Asset Preservation

Jangan langgan takaful dengan nilai sumbangan yang terlalu mahal. Fomula kami, maksima 10% daripada gaji bulanan itu yang perlu diperuntukkan untuk keseluruhan takaful (perlindungan pendapatan dan medical card)

Utamakan takaful untuk perlindungan pendapatan, barulah langgan medical card.

Jadi, kami berikan ada dua pilihan produk yang memang berbaloi untuk dilanggan. Jangan terlampau lama buat perbandingan ya, anda tengok sendiri, kenaikan sangat berbeza dari tahun ke tahun.

Nilai perlindungan sebaiknya 10 tahun gaji. Jika anda bergaji RM2500 sebulan, maka setahun RM30,000.
RM30,000 x 10 tahun = RM300,000.00

Ini adalah yang terbaik. Jika tidak mampu, sekurang – kurangnya LIMA tahun daripada nilai gaji.

“Tuan, lima tahun gaji pun saya rasa boleh boleh la. Macam mana ye, tapi saya betul – betul berminat ni”

Langgan sahaja, sekurang – kurangnya anda sudah mulakan persiapan untuk insan yang tersayang.

Berminat? Ini langkah seterusnya.

Langkah pertama, download borang di sini dan lengkapkan.
(Boleh isi menggunakan aplikasi Adobe Fill & Sign sahaja di dalam SmartPhone)

Langkah kedua, sediakan dokumen sokongan berikut :
i. Salinan kad pengenalan depan dan belakang
ii. Salin an kad debit (depan sahaja)

Langkah ketiga, hantarkan maklumat anda di sini : http://nak.la/SignUpTakaful
atau melalui email : ashrafmislan@gmail.com

Atau, boleh terus hubungi kami semula untuk set temujanji. InShaaAllah, saya pasti akan sampai untuk membantu.

Tips : Isi borang di atas sebelum temujanji, ianya dapat menjimatkan kira – kira satu jam semasa sesi temujanji.

BONUS : Set temujanji bersama saya untuk sesi pembentangan Modul Kewangan INFAQ secara percuma

Sepanjang tempoh PKP / PKPP, anda boleh mohon secara 100% online.

Soalan Lazim (FAQ) Takaful

Soalan 1 : Berapakah bayaran yang dikenakan untuk permohonan?
Jawapan : Bayaran kali pertama yang dikenakan ialah seperti berikut :

Dua bulan x Sumbangan yang dikenakan + RM10 (Duty Stem) = Jumlah bayaran pertama bagi satu polisi.

Jika sumbangan anda RM50 sebulan, maka pembayaran kali pertama,
RM50 x 2 bulan + Rm10 = RM110.00

Dua bulan tersebut ialah satu bulan untuk pembayaran bulan pertama dan satu bulan untuk persediaan deposit.

Soalan 2 : Setiap berapa haribulan potongan ni?
Jawapan : Potongan akan dibuat secara automatik seperti berikut :

i. Tarikh lulus pada 1 hingga 14 hb, potongan setiap 4hb
ii. Tarikh lulus pada 15 hingga 31 hb, potongan setiap 26hb

Soalan 3 : Apa berlaku sekiranya potongan gagal?
Jawapan : Takaful akan membuat potongan pada tarikh yang akan datang. Pastikan anda menyediakan wang yang secukupnya di dalam bank bagi mengelakkan polisi terbatal (lapse).

Soalan 4 : Promosi Hibah Couple Policy ni, saya nak ambil untuk saya seorang sahaja. Boleh?
Jawapan : Boleh. Ini kerana konsep ini membawakan sumbangan bagi dua polisi yang berbeza.

Soalan 5 : Hibah ni, saya beri kepada isteri, isteri beri kepada suami. Kalau kematian serentak ni, bagaimana?
Jawapan : Jika kematian berlaku pada masa yang lebih kurang sama, iaitu kedua – dua penerima hibah ini telah meninggal dunia, maka segala pampasan akan diberikan kepada waris melalui kaedah Faraid.

Soalan 6 : Saya mampu untuk bayaran tahunan. Ada dapat diskaun ke?
Jawapan : Ada. Kebaikan bayaran secara tahunan ini akan mengurangkan masalah polisi lapse.

Soalan 7 : Berapa lama proses yang akan diambil untuk permohonan ini?
Jawapan : Bagi kes standart, iaitu tiada sejarah penyakit bagi diri sendiri, tiada sejarah penyakit bagi keluarga, kelas pekerjaan biasa dan mempunyai BMI yang normal, polisi akan mengambil masa tiga hingga tujuh hari untuk lulus (inforce).

Bagi kes sub-standart, iaitu selain daripada yang dinyatakan di atas, akan mengambil sedikit masa, bergantung kepada jenis – jenis ‘pending’.

Soalan 8 : Saya ada sejarah sakit dan kemasukan ke hospital, wajib ke isytihar?
Jawapan : Wajib. Ini kami sangat tekankan kerana tidak mahu ada isu – isu yang berbangkit semasa proses ‘claim’.

Soalan 9 : Apa perlu saya buat sekiranya ada sejarah sakit.
Jawapan : Anda perlu menceritakan kepada ejen. Selepas itu, mungkin anda akan dikehendaki untuk membuat salah satu daripada perkara – perkara berikut, iaitu :

i. Mengambil rekod laporan perubatan sedia ada
ii. Membuat pemeriksaan kesihatan yang baru
iii. Mengisi borang – borang yang diberikan
iv. Lain – lain perkara yang akan dimaklumkan kemudian

Soalan 10 : Kos bagi pemeriksaan kesihatan ini boleh dituntut semula ke?
Jawapan : Boleh. Pastikan anda penyimpan resit bagi tujuan tuntutan semula.

Soalan 11 : Macam mana satu nak tahu pekerjaan saya ini di bawah kelas ke berapa?
Jawapan : Tujuan pengkelasan bagi pekerjaan adalah untuk memudahkan pihak takaful membuat penilaian. Pengkelasan pekerjaan ini akan keluar secara automatik semasa proses sebut harga.

Soalan 12 : Apakah yang akan berlaku sekiranya saya berada di kelas pekerjaan 3 atau 4?
Jawapan : Kemungkinan anda akan diminta untuk mengisi borang – borang tambahan.

Soalan 13 : Saya nak langgan untuk saya sahaja, boleh?
Jawapan : Hibah Couple Policy ialah konsep, ianya bukan syarat yang dinyatakan di dalam polisi. Jadi, anda bebas untuk melanggan sama ada untuk individu atau berpasangan.

Soalan 14 : Hibah Couple Policy ni, kalau contoh suami meninggal dunia, apa yang berlaku ye?
Jawapan : Contoh, jika suami meninggal dunia, pampasan hibah akan diberikan kepada isteri. Untuk polisi isteri, nama penerima hibah boleh ditukar kepada orang lain seperti anak – anak.

Takaful perlukan kesedaran, bukan paksaan.

Rancanglah kewangan anda. Ianya bermula daripada tindakan anda.

Pemberian ini mampu untuk memberikan sinar kepada pasangan atau sesiapa sahaja yang kita mahukan dan dapat meneruskan perjuangan dalam kehidupan.

Baca : Pengurusan Kewangan – Modul Protection

Berminat untuk mendapatkan sebut harga untuk diri anda sendiri?

Isikan maklumat anda di bawah sekarang.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *