Kenapa anda perlukan produk Takaful Bertempoh?

Produk takaful bertempoh (Term Takaful) semakin dikenali di kalangan masyarat kita. Pernah dengar Hibah Takaful? Kebiasaannya konsep hibah takaful ini, menggunakan produk yang bercirikan takaful bertempoh.

Namun ada juga segelintir masyarakat atau pelanggan yang masih tidak mengetahui kelebihan yang menyebabkan produk ini sangat berbaloi untuk dimiliki.

Mereka merasakan, rugi jika :
• Tidak mendapat apa – apa (Rasa duit burn)
• Caruman akan dikaji selepas 20 tahun sebab ada kenaikan harga

Dua faktor ini menjadi penghalang seseorang individu yang pada mulanya berminat, tetapi membatalkan hasratnya selepas itu. Kerana? Rasa rugi.

Baca di sini maksud sebenar takaful.

Baik, saya akan terangkan dengan secara lengkap tentang produk takaful bertempoh ini.

Kita ambil contoh,
Jantina : Lelaki
Umur akan datang : 30 tahun
Pekerjaan : Kelas 1
Lain – lain : Sihat, tetapi merokok

Berapakah sumbangan bulanan untuk kriteria di atas?
RM 46.38 sebulan.

Jika beliau melanggan Hibah Takaful dengan menggunakan Produk Value Term, ini adalah manfaat perlindungan yang bakal diterima :

  1. Kematian – RM 200,000.00
  2. Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal – RM 200,000.00

Bagaimanakan polisi produk value term ini melindungi anda?

Yang pertama, sepanjang 20 tahun beliau melanggan polisi ini, tidak akan ada sebarang kenaikan harga. Ya, ini adalah jaminan yang dinyatakan di dalam polisi.

Yang kedua, polisi ini akan memberikan perlindungan sehingga umur peserta 80 tahun. Lama kan?

“Eh, bayar sampai 20 tahun. Tapi polisi sampai umur 80 tahun. Macam mana tu? Saya tak faham la”

Baik, itu ialah soalan paling biasa dan popular yang akan ditanya. Baca selanjutnya di bawah.

Saya mudahkan begini :

Umur 30 hingga 50 tahun : RM46.38 sebulan
Umur 50 hingga 70 tahun : Auto-renew & semakan harga
Umur 70 hingga 80 tahun : Auto-renew & semakan harga

Jumlah bayaran anda pada umur 30 ke 50, ialah RM 11,131.12. Jika berlaku kematian sebagai contoh, pampasan akan dibayar sebanyak RM 200,000 kepada waris.

Jika dipanjangkan umur?
Ucapkan Alhamdulillah, kerana esok pun belum tentu kita masih bernyawa.

Baik,
Andaikan umur 50 ke 70 tahun sumbangan bulanan sekitar RM 300. Saya sengaja letakkan RM 300 ini kerana saya nak nampak ‘mahal’. (Ini bukan nilai sumbangan yang tepat. Sekadar anggaran)

Jadi, jumlah bayaran anda pada tempoh waktu umur ada 50 hingga 70 tahun ialah RM 72,000. Maka, jumlah keseluruhan pembayar tersebut sepanjang 40 tahun anda melanggan takaful ialah RM 83,131.12.

Tuan puan, pandanglah kepada kelebihan produk ini. 40 tahun bayaran sekitar RM 83,000. Jumlah pampasan pula, RM 200,000.00. Adakah kiraan ini menunjukkan anda mengalami ‘kerugian’ dari sudut matematik? Jawapannya sudah tentu TIDAK.

Adakah 40 tahun itu juga satu tempoh yang singkat? Yang boleh kita jangka apakah yang bakal berlaku kepada diri kita dan keluarga?

Janganlah anda rasa ‘rugi’ atau ‘menyesal’ kerana kenaikan harga selepas tempoh (term) tersebut. Pandang dari sudut perlindungan. Bukannya pelaburan.

“Baik tuan, umur 70 tu, nanti akan auto renew sampai umur 80 tahun kan? Berapa pula kena bayar?”

Baik, di sinilah kenapa pentingnya memahami keperluan dan fungsi takaful.

Fungi utama takaful untuk melindungi pendapatan (Income Protection). Sepanjang 40 tahun tadi anda telah mempunyai satu perlindungan yang mungkin boleh membantu meringankan beban anda, jika mengalami bencana kewangan.

Cuba bayangkan diri anda ketika berumur 70 tahun.

  1. Sudah tidak bekerja. Tiada pendapatan. Jadi, tidak memerlukan perlindungan kepada pendapatan. Jadi, boleh untuk tidak menyambung perlindungan.
  2. Kos perbelanjaan sudah berkurangan. Contoh, anak semua sudah bekerja. Kebanyakkan hutang juga mungkin sudah berjaya dilangsaikan. Jadi, fungsi takaful sebagai ‘debt settlement’ dan ‘asset preservation’ sudah tidak diperlukan.

Baca di sini untuk memahami fungsi utama takaful.

Tuan puan, pada pengiraan saya, fungsi takaful telah selesai jika :

  1. Anda bersedia menghadapi bencana kewangan ketika muda dan sepanjang anda bekerja. Ada perlukan perlindungan kerana perjalanan kehidupan diri sendiri dan waris masih sangat panjang. Waktu inilah kita wajib membuat keputusan yang tepat dalam hidup.
  2. Dapat mencapai umur 70 tahun. Umur 55 hingga 60 tahun ialah waktu kebiasaan orang bersara. Jika dapat meneruskan kehidupan selama 15 tahun selepas bersara dengan mempunyai perlindungan, satu nikmat yang paling besar.

“Tuan, saya rasa rugi la bayar bulanan mahal – mahal, tapi tak dapat apa – apa. BURN macam tu sahaja”

Jika itu yang terlintas, maka bacalah ayat yang sentiasa diulang – ulang di dalam Surah Ar Rahman yang bermaksud “Maka yang mana satu di antara nikmat – nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

KESIMPULAN

Produk takaful yang berada di pasaran, tidak pernah menjadi produk paling sempurna untuk kita. Ianya masih ada kelebihan dan kekurangan. Setiap individu, mempunyai kesesuaian produk yang berbeza.

Kelebihan Produk Takaful Bertempoh (Value Term) ini memberikan satu perlindungan dengan sumbangan bulanan yang rendah, dan nilai pampasan yang tinggi.

Fahamilah konsep di dalam takaful iaitu bantu – membantu. Anda menyumbang di dalam tabung dan anda juga membantu ahli lain yang ditimpa musibah.

Bacalah dengan :
• Anda menyumbang ke dalam tabung dengan ikhlas (itu pahala)
• Peserta lain yang dalam kesusahan anda tolong (itu juga pahala)

DAPATKAN PRODUK TAKAFUL YANG ADA CIRI NILAI TUNAI DI SINI

Anda masih ada rasa rugi?
“Maka yang mana satu di antara nikmat – nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Dapatkan 17 Video Panduan Pengurusan Kewangan anda di sini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *