Hibah Takaful, bermula RM80, pampasan empat kali ganda

Anda mencari satu produk perlindungan takaful yang serba lengkap yang mempunyai pampasan yang tinggi, caruman yang mampu dibayar, boleh dihibahkan kepada yang tersayang dan mempunyai nilai tunai? Jom baca berkenaan produk terbaru daripada Syarikat Takaful Ikhlas.

Mungkin anda pernah baca berkenaa Hibah Couple Policy yang serendah RM89 untuk DUA orang dengan perlindungan yang sangat tinggi. Walaupun produk ini sangat mampu untuk dimiliki, namun ianya kadang – kala terhenti untuk dilanggan apabila pelanggan bertanya berkenaan ‘Cash Value’.

Ya, produk tersebut tidak mempunyai Cash Value kerana mempunyai nilai sumbangan yang sangat rendah.
(Ya, memang murah)

Namun, pada 15 Jun 2020, syarikat Takaful Ikhlas sekali lagi mengeluarkan satu produk yang berpotensi untuk dipasarkan dan bakal menjadi buruan individu yang mempunyai kesedaran berkenaan takaful.

Mari saya senaraikan manfaat dan ciri – ciri yang terdapat di dalam produk ini.

#1 MANFAAT ADE – ACCELERATED DEATH EXPENSE

Ini adalah salah satu manfaat yang sangat luar biasa. Ianya berupa bayaran sebanyak 10% dengan kadar yang segera kepada waris tanpa sebarang pertanyaan.

Contoh :
Jumlah perlindungan asas : RM200,000.00
Jika berlaku kematian kepada orang yang dilindungi, pampasan segera sebanyak 10% akan terus diberikan kepada waris dengan hanya menyerahkan dokumen wajib seperti Sijil Kematian.

Paling menggembirakan, ianya akan dibayar dalam masa 24jam selepas dokumen lengkap diserahkan. Had maksima manfaat ini adalah sebanyak RM20,000.00

#2 MANFAAT KEMATIAN DENGAN KENAIKAN SEHINGGA 400%

Salah satu ciri dan manfaat yang hebat yang ditawarkan di dalam polisi ini ialah dengan gandaan pampasan yang bakal diterima oleh waris bergantung kepada punca atau akibat kematian.

Contoh :
Jumlah perlindungan asas : RM200,000.00
Bagaimana proses gandaan pampasan itu berlaku? Ianya adalah seperti di berikut :

  • Kematian akibat kanser, gandaan sehingga 200% daripada jumlah perlindungan asas.
    Jumlah pampasan yang akan diterima menjadi RM400,000.00
  • Kematian akibat kemalangan, gandaan sehingga 300% daripada jumlah perlindungan asas.
    Jumlah pampasan yang akan diterima menjadi RM600,000.00
  • Kematian ketika menunaikan Haji atau Umrah, gandaan sehingga 400% daripada jumlah perlindungan asas.
    Jumlah pampasan yang akan diterima menjadi RM800,000.00

Boleh faham kan? Gandaan tersebut perlu dibarabkan dengan jumlah perlindungan asas. Manfaat ADE tetap kekal 10% kepada sumbangan asas sahaja.

#3 MANFAAT GANJARAN TUNAI

Manfaat ini diberikan kepada peserta oleh pihak syarikat, sebagai tanda menghargai peserta mencapai beberapa ‘misi besar’ dalam kehidupan mereka.

Nilai ganjaran tunai ini tidak akan mempengaruhi pampasan ataupun caruman peserta.

Peristiwa yang membolehkan peserta ‘claim’ adalah seperti berikut :

  • Berkahwin
  • Mendapat anak
  • Membeli rumah
  • Menunaikan Fardhu Haji
  • Mengembara ke lima buah negara berbeza

Berapakah kiraan nilai ganjaran ini?

Ianya adalah sehingga maksima 10% (dan tidak melebihi RM200) daripada jumlah sumbangan tahunan peserta. Jika peserta membayar RM 100 sebulan, bersamaan RM1200 setahun kan? Jadi nilai ganjaran tunai yang bakal diperolehi adalah sebanyak maksiman RM120 untuk sekali tuntutan atau sekali pengeluaran.

Kadar ini boleh dituntut selepas polisi berkuatkuasa selama tiga tahun kecuali bagi kes menunaikan Haji. Jumlah keseluruhan yang boleh dituntut ialah sehingga RM2000.00 bagi sepanjang tempoh polisi ini berkuatkuasa.

Contoh kiraan Ganjaran Tunai Peristiwa

#4 TEMPOH PERLINDUNGAN

Memilih tempoh perlindungan ini adalah satu faktor penting. Ianya boleh mempengaruhi nilai sumbangan bulanan anda. Terdapat tiga pilihan bagi tempoh perlindungan iaitu :

  • Perlindungan selama 30 tahun atau,
  • Perlindungan sehingga umur 70 tahun atau,
  • Perlindungan sehingga umur 80 tahun

Situasi satu, perlindungan selama 30 tahun.
Umur kemasukan : 25 tahun
Umur polisi matang : 55 tahun
Tempoh perlindungan : 30 tahun

Situasi dua, perlindungan sehingga umur 70 tahun.
Umur kemasukan : 25 tahun
Umur polisi matang : 70 tahun
Tempoh perlindungan : 45 tahun

Situasi tiga, perlindungan sehingga umur 80 tahun.
Umur kemasukan : 25 tahun
Umur polisi matang : 80 tahun
Tempoh perlindungan : 55 tahun

Apa yang menarik, sepanjang tempoh perlindungan tersebut, sumbangan bulanan adalah dijamin KEKAL. Ya, kekal. Ini bermaksud tidak akan berlaku kenaikan harga sepanjang tempoh polisi. Jika pilih situasi tiga, maka sepanjang 55 tahun harga TIDAK AKAN BERUBAH. Hebat tak?

#5 ADA TAMBAHAN RIDER

Dalam produk ini, peserta bebas untuk menambah rider berikut sekiranya berminat :

  • Total Permanent Disability Waiver Rider
  • Critical Illness Waiver Rider

Ianya sebagai melengkapi produk ini kerana produk ini hanya memberikan perlindungan kepada kematian sahaja. Ianya akan meringankan beban peserta dengan membayar sumbangan takaful masa depan sekiranya berlaku hilang upaya menyeluruh atau didiagnos penyakit kritikal.

#6 ADA CIRI NILAI TUNAI ATAU CASH VALUE

Cash value ini TIDAK ADA KAITAN dengan nilai ganjaran peristiwa kehidupan yang terdapat dalam manfaat di atas. Ianya umpama satu dana yang diasingkan di dalam tabung khas.

Apabila mencukupi syarat yang ditetapkan, nilai tunai ini boleh dikeluarkan oleh peserta. Setiap individu mempunyai jumlah yang berbeza bergantung kepada nilai sumbangan dan faktor pelaburan dana.

#7 BOLEH DAPAT PELEPASAN CUKAI

Ini salah satu manfaat yang mungkin anda terlepas pandang. Bagi individu yang mempunyai produk takaful nyawa, anda layak menikmati pelepasan cukai sehingga RM7000 setahun bagi penjawat awam berpencen atau RM3000 bagi selain daripada penjawat awam berpencen.

Rasa rugi tak masih belum mempunyai takaful nyawa? Sekurang – kurangnya anda boleh nikmati pelepasan cukai setiap tahun. Nilai yang ditanya itu bagi taksiran cukai bagi tahun 2019.

BERAPAKAH JUMLAH SUMBANGAN BULANAN PRODUK INI?

Harga sumbangan produk ini adalah bermula RM80.00 sahaja sebulan. Ianya adalah kadar paling minima yang telah ditetapkan. Apakah faktor penentu bagi sumbangan bulanan ini? Ianya adalah :

  • Tarikh lahir
  • Jantina
  • Jenis pekerjaan
  • Tahap kesihatan seperti sejarah kesihatan dan BMI
  • Lain – lain faktor yang difikirkan penting

Pada pendapat saya, produk ini sebagai satu pelengkap kepada keperluan dan permintaan para pelanggan. Contoh dan pendapat pelanggan :

  • Kami nak produk takaful nyawa yang ada Cash Value
  • Kami nak produk tu, kalau lumpuh tak perlu bayar sumbangan, tapi lepas meninggal dunia baru dapat pampasan
  • Kami nak produk yang waris kami boleh dapat duit tunai dalam masa 24jam
  • Kami nak produk yang ada perlindungan untuk kanser, tapi tak perlulah bayar mahal sangat
  • Kami nak produk yang ikut bajet kami, tak kisahlah berapa pun sumbangan
  • Kami nak produk yang memberikan perlindungan sehingga umur 80 tahun

Ya, semua yang disebut di atas ini, ada dalam produk terbaru kami. Memang berbaloi dan sesuai untuk dimiliki. Muat turun iklan produk di sini.

Berminat untuk dapatkan sebut harga? Atau nak buat rundingan harga? Boleh terus klik di sini : http://nak.la/IkhlasDariku atau isi maklumat di bawah.

Masih nak menunggu?

Silakan, kerana takaful bukan paksaan, tapi kesedaran.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *