Kelebihan Akaun GAP Emas Public Gold

Akaun Emas GAP dari Public Gold telah mendapat tempat dan seringkali menjadi sebutan masyarakat hari ini. Emas juga telah mula menjadi perhatian lebih – lebih lagi kerana kelebihannya sebagai penyimpan nilai.

Bagi yang belum tahu, akaun GAP ataupun Gold Accumulation Program telah diperkenalkan oleh syarikat Public Gold International Sdn Bhd dengan memberikan platform pembelian emas fizikal berketulenan 24karat (999.9).

Ya, maksudnya anda boleh beli emas secara online. Dan anda memang akan mendapat emas. Ini bukan program scam!

TIGA KELEBIHAN UTAMA AKAUN GAP

Kelebihan 1 : Mudah

Untuk pengetahuan, segala urusan jual dan beli dilaksanakan secara online sahaja.

Nak beli, online
Nak jual, online
Nak buat semakan pun secara online.

Yang seronoknya, setiap kali anda beli melalui akaun GAP ini, emas anda akan tersimpan dan terjaga dengan baik.

Simpan? Ada kos atau upah simpan tak? Takk, ianya PERCUMA!

Jika ditakdirkan, simpanan GAP anda sudah mencapai target yang diinginkan seperti 10gram, 50gram atau 1000gram, anda boleh tukarkan kepada bentuk fizikal dengan hanya pergi ke mana – mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.

Kena tunggu 10gram ke?
Tidak. Untuk tukar daripada akaun GAP ke bentuk fizikal, anda memerlukan sekurang – kurangnya 2 gram, iaitu 1 gram untuk dijadikan bentuk fizikal dan 1 gram lagi untuk pengekalan akaun GAP.

Satu lagi kelebihan yang ada pada akaun GAP ini, anda boleh membuka akaun untuk anak – anak anda.

Akaun GAP emas penyimpan nilai
Gambar daripada Dr Azizul Azli Ahmad

Apa yang anda boleh faham daripada gambar di atas? Untungkan kalau ianya terjadi untuk dana pendidikan anak – anak anda?

Kelebihan 2 : Murah

Anda boleh memiliki simpanan emas dengan hanya serendah RM100 sahaja. Jika harga hari ini, anda mendapat kira – kira 0.3676 gram.

Jika anda mampu mengasingkan RM100 sebulan, selama tiga bulan, anda sudah berjaya memiliki lebih daripada 1gram emas. Jika ada bajet yang lebih, bolehlah beli dengan amount yang lebih tinggi.

Jika diperhatikan, kaedah GAP ini adalah lebih murah jika anda baru berjinak – jinak untuk menyimpan emas.

Kenapa?
Kerana anda tidak perlu membayar ‘Caj Premium’ Emas. Wah, memang jimatkan?

Kelebihan 3 : Patuh Syariah

Sebagai orang islam, kita wajib mencari dan mengutamakan perkara – perkara yang halal, termasuklah dalam isu muamalat seperti pembelian emas.

Mengikut hukum, pertukaran atau pembelian emas perlulah dilakukan secara langsung (on the spot). Ianya tidak boleh bertangguh.

Jika bertangguh?
Ianya RIBA.

Namun jika pembelian melalui akaun GAP, ianya telah mendapatkan sijil pengiktirafan patuh syariah daripada Amanie Advisors Sdn Bhd. Ianya adalah salah satu syarikat penasihat syariah terkemuka di Malaysia.

Akaun GAP patuh syariah
Sijil patuh syariah
Akaun GAP emas penyimpan nilai

Huraian tentang akaun GAP ini pernah dihuraikan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri, seorang pakar Muamalat Islam pada tahun 2017 lagi. Baca huraian beliau di sini.

Jadi, anda tak perlu risau, ok?

BUKA AKAUN GAP ANDA HARI INI

Saya secara peribadi menyarankan tuan / puan yang membaca artikel ini, supaya dengan segera membuka akaun GAP Public Gold. Ianya mudah, murah dan patuh syariah.

Emas VS ASB

Jadual di atas menunjukkan perbezaan antara pelaburan ASB, Tabung Haji dan Emas.

Ianya satu perbandingan yang bukan menunjukkan kelemahan ASB atau Tabung Haji, tetapi menunjukkan emas juga boleh menjadi satu pelaburan yang sangat baik untuk jangka masa panjang.

Hubungi saya hari ini, untuk saya bantu :

  1. Membuka akaun emas
  2. Membeli akaun emas menggunakan telefon

“Anda boleh tangguhkan kepuasan, tapi jangan sesekali tangguhkan peluang yang sudah terhidang”

You may also like...

3 Responses

  1. January 5, 2021

    […] Ini adalah soalan yang paling popular. Kita nak beli emas fizikal (dinar atau gold bar) ataupun dengan membeli di akaun Emas GAP. […]

  2. January 5, 2021

    […] dan, pelanggan boleh terus menggunakan ID yang mereka untuk mula membeli emas terutamannya melalui akaun GAP. Mudah […]

  3. January 9, 2021

    […] Isi butiran di bawah untuk saya bantu melanggan akaun Emas GAP Public Gold. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *