Kelebihan menjadi Dealer Emas Public Gold
Hari ini sudah semakin ramai masyarakat yang mula sedar tentang kepentingan menyimpan emas. Justeru itu, apa kata anda manfaatkan peluang ini dengan menjadi dealer emas bersama Public Gold.
Jika sebelum ini ramai yang memaksimakan keuntungan menjual emas dengan kaedah tradisional iaitu :
- Beli pada harga murah (borong) dan menjual dengan harga mahal. Kebiasaannya, kaedah ini memerlukan modal yang besar kerana pihak pembekal akan memberikan harga ‘istimewa’ untuk mereka yang ingin menjual semula
- Beli emas lelong, dan jual pada harga semasa. Kaedah ini pun popular, namun memerlukan komitmen yang tinggi kerena perlu bersedia dan tahu untuk ‘bid’ harga yang boleh mendatangkan untung.
DEALER EMAS DAN PENDAPATAN PASIF
Sebenarnya, ada kaedah yang lebih mudah kita anda menjana pendapatan pasif dalam industri jual beli emas.
Jawapannya?
Dengan menjadi dealer emas di Public Gold.
Ya, dengan menjadi dealer, anda mampu untuk mendapat beberapa kelebihan besar. Dan yang paling penting, anda mampu untuk menjana pendapatan pasif tanpa perlu mengganggu kerja hakiki anda.
Sungguhpun begitu, suka saya ingatkan untuk anda sentiasa menambah ilmu berkenaan pengurusan emas dari masa ke semasa. Ini sangat penting kerana menjadi dealer memerlukan sedikit pengetahuan terutamanya tentang isu teknikal.
Jadi, dalam artikel ini saya akan membantu menjawab dua persoalan berkenaan Dealer Public Gold iaitu:
i. Kelebihan dealer Public Gold
ii. Bagaimana menjadi dealer Public Gold
CARA UNTUK MENJADI DEALER PUBLIC GOLD
Langkah pertama untuk menjadi dealer ialah dengan membuka akaun bersama public gold. Ini penting, walaupun anda buka akaun sebagai pelanggan biasa (customer).
Jika menggunakan cara ini, anda perlu mendaftarkan 50 orang pelanggan terus di bawah anda. Ianya murah tetapi memakan masa dan kurang menguntungkan.
Walaupun anda mempunyai 49 pelanggan yang sedia ada (cukup 50 boleh upgrade ke Normal Dealer), anda masih tidak mendapat sebarang manfaat komisyen jualan daripada pihak Public Gold.
Bayangkan anda ada 30 daripada 49 orang pelanggan yang aktif, membeli RM1,000 untuk sebulan.
RM1,000 x 30 orang = RM30,000.
RM30,000 ini adalah jualan anda.
Berapa komisyen yang anda sepatutnya dapat?
RM 300!
Tapi, disebabkan anda bukan Dealer yang sah atau belum menjadi dealer kerana perlu mencukupkan 50 orang, anda tidak layak menikmati komisyen tersebut. Rugi kan?
Terdapat dua pangkat dealer yang anda boleh sertai iaitu,
- Normal Dealer (ND)
- Priority Dealer (PD)
Untuk menjadi Normal Dealer anda perlu membuat pembelian minima RM10,000 dalam satu resit. Boleh dibayar secara penuh atau melalui EPP.
Untuk menjadi Priority Dealer pula, anda perlu membuat pembelian minima RM15,000 dalam satu resit. Boleh dibayar secara penuh atau melalui EPP.
Dan yang penting anda wajib membeli ‘Wealth Card’ bernilai RM200.
Kelebihan utama ND dan PD ini, anda boleh terus mendaftarkan pelanggan dengan cepat dan, pelanggan boleh terus menggunakan ID yang mereka untuk mula membeli emas terutamannya melalui akaun GAP. Mudah kan?
APAKAH KELEBIHAN MENJADI DEALER?
Yang paling seronok menjadi dealer, anda mempunyai akses yang lebih mudah kepada pihak HQ. Nampak biasa, tapi sebenarnya sangat penting akses sebegini untuk memudahkan urusan kita.
Yang seterusnya, dari sudut komisyen. Anda layak menikmati bonus 1.0% hingga 1.5% sekiranya orang yang anda perkenalkan itu membeli emas. Selama – lamanya.
Anda juga layak mendapat diskaun sekiranya membeli emas untuk diri sendiri.
Sekiranya dealer ingin menjual emas miliknya sendiri, maka akan mendapat komisyen 0.3% dari nilai jualan emas tersebut. Seronok tak?
MENJADI DEALER BERSAMA EMPAYAR URUS TUNAI
Jika anda benar – benar mempunyai komitmen untuk menjalankan perniagaan ini, anda boleh pilih untuk bersama pasukan kami.
Bisnes ini, sama seperti mana – mana bisnes yang wujud di dunia. Ia memerlukan usaha dan ilmu untuk berjaya. Anda masih perlu membuat pemasaran dan jualan. Bisnes ini tidak menjanjikan bulan dan bintang kerana kami menjalankan bisnes yang sebenar.
Ya, hanya bisnes tahap ‘scam’ sahaja yang berani menjanjikan bulan dan bintang! Hehe.
Antara kekuatan kami ialah dari sudut Digital Marketing :
- Kelas Facebook Page percuma
- Kelas Apps Business Suite percuma
- Kelas grafik percuma
- Konten percuma setiap hari (Kalendar Emas)
- Tips & Trick WhatsApp Biz
- Kelas asas copywriting
- Kelas asas FB Ads Berkesan
- Bimbingan membina laman blog sendiri
- Team Support yang baik
- Mindset Circle yang baik
Berminat tak?
Jom. Hubungi kami segera!
“Saya ada soalan. Saya tak minat nak jadi dealer, tapi nak mula kumpul emas. Boleh join team tuan?”
Jawapan kami : Jommmmmm.
Info yang baik