Tips penting untuk menyimpan emas
Sebagai individu yang baru hendak bermula penyimpan emas, anda sangat memerlukan tips yang betul untuk memilih dan menyimpan emas.
Pada fasa ini, kesedaran kita tentang emas adalah lebih baik dari hari yang sebelumnya. Namun dalam diri kita masih ada kesangsian ‘sedikit’ tentang pelbagai perkara terutamanya dari sudut emosi untuk membeli.
Sebenarnya, ini ialah sesuatu yang normal yang ada di dalam diri setiap manusia. Kita akan sedaya – upaya berhati – hati dengan setiap langkah yang akan ambil.
Pada saya ini sangat bagus, namun jangan mengambil masa yang terlalu lama.
Jadi, pada artikel kali ini, saya ingin menulis beberapa tips yang anda boleh gunakan sebagai permulaan untuk menjadi seorang penyimpan emas bersama kami di Public Gold.
TIPS PERMULAAN MENYIMPAN EMAS
Tips 1 : Fizikal atau Akaun GAP?
Ini adalah soalan yang paling popular. Kita nak beli emas fizikal (dinar atau gold bar) ataupun dengan membeli di akaun Emas GAP.
Pada pendapat saya, jika anda baru dan memang ini ialah pengalaman pertama membeli emas, saya akan terus mencadangkan Akaun GAP. Mengapa?
Sebab paling utama, kelebihan akaun GAP ini anda mampu untuk membeli emas serendah RM100 iaitu bersamaan dengan 0.3731 gram (berubah mengikut harga).
Dan, saya akan mencadangkan anda untuk mula membuat komitmen simpanan emas ini selama tiga bulan untuk memastikan anda benar – benar yakin dengan sistem kami di Public Gold.
Pegang kata – kata ini “Bermula kecil, bermula betul”
Tips 2 : Letakkan matlamat dalam menyimpan
Dalam asas pengurusan kewangan, sebarang matlamat anda ingin capai, perlu berpandukan kepada Fomula SMART, iaitu:
S – Spesifik
M – Masa
A – Arah Tuju
R – Realistik
T – Teruja
Spesifik – Tulis dan nyatakan hasrat anda secara details dan lengkap.
Masa – Nyatakan bila matlamat anda itu patut dicapai
Arah Tuju – Sediakan ‘Action Plan’ untuk mencapai matlamat
Realistik – Simpan emas jangan sampai memaksa diri. Berpijak dibumi yang nyata dan ukur kemampuan diri dahulu
Teruja – Wajib ada rasa teruja (excited) dalam menyimpan emas. Letakkan mindset, simpanan emas ialah ‘nafsu’ yang positif.
Contoh matlamat yang jelas :
Aku nak ada emas Gold Bar 10 gram hujung pada atau sebelum 31/12/2021 (Spesifik dan Masa). Jadi, sekurang – kurangnya aku perlu simpan 1 gram atau minima 10% daripada gaji aku untuk beli dan simpan emas ni setiap bulan (Arah Tuju dan Realistik).
Tulis ayat ini, dan jadikan kepuasan setiap kali membeli dan berjaya capai target setiap bulan (Teruja)
Ok, dapat tak sesuatu?
Tips 3 : Rajin bertanya
‘Malu bertanya, sesat jalan’ betul tak?
Jadi, sama seperti simpanan emas ini. Anda perlu banyakkan bertanya terutama kepada ‘dealer / introducer’ anda. Tanya dan tanya.
Tak tahu, tanya.
Ada kekeliruan, tanya.
Di sini, saya akan sedaya upaya membantu anda untuk menjawab segala persoalan yang akan perlukan. (WhatsApp : +6012-310 0302)
Tips 4 : Tambah jika ada promosi
Di sini tersangat penting untuk anda tahu sebarang promosi yang di jalankan oleh pihak Public Gold.
Contoh promosi, anda boleh beli 1 Dinar emas secara SEPP10 (Shariah Easy Payment Purchase) iaitu boleh buat bayaran selama 10 bulan. Wow!
Tips 5 : Betulkan mindset
Dalam menyimpan emas, atau apa jua tindakan dalam pengurusan kewangan, anda wajib mempunyai mindset yang betul.
Kenapa perlu betulkan mindset?
Dengan mindset yang betul, anda akan membuat tindakan yang betul dan akan membuahkan HASIL yang betul.
Bagaimana untuk membentuk mindset yang betul? Saya cadangkan beberapa cara:
- Bertanya pada orang yang betul
- Follow ‘influencer’ yang positif
- Menambah ilmu dalam pengurusan kewangan
“Mindset yang betul, akan menjadikan anda seorang JUARA. Manakala mindset yang salah akan melahirkan seorang MANGSA”
Kongsikan artikel anda di Facebook. Semoga ramai lagi yang boleh memperoleh manfaat.
Isikan butiran anda di bawah untuk kami bantu anda membuka akaun emas anda hari ini.