Patuh Syariah ke emas di Public Gold?

“Saya risau sangat nak beli emas dengan cara Pubic Gold ni. Patuh syariah ke cara beli emas macam ni?”

Sejujurnya, ini ialah persoalan biasa yang kami sebagai dealer emas akan jumpa. Alhamdulillah, masyarakat kita sedar tentang perkara ini.

Antara sebab persoalan ini ditanya, ada masyarakat yang telah sedia maklum kerana apabila kita membeli emas, akad jual beli tersebut tidak boleh bertangguh.

Pada saya isu muamalat ini, biarlah dihuraikan dan dirujuk oleh pakar yang bertauliah.

PUBLIC GOLD PATUH SYARIAH

Public Gold telah mendapat sijil patuh syariah daripada Amanie Advisor Sdn Bhd yang mana syarikat ini diterajui oleh tokoh Muamalat dunia iaitu Datuk Dr. Daud Bakar.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah di Bank Pusat Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, dan Bank Abu Dhabi Pertama.

Beliau juga merupakan ahli lembaga Syariah dari pelbagai institusi kewangan global, termasuk Bank Negara Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Bank of London dan Timur Tengah (London), BNP Paribas (Bahrain), dan Dow Jones Islamic Indeks Pasaran (New York) antara lain.

Seorang rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang ‘high profile’ yang sangat dikagumi dunia.

Tentang profile beliau, boleh rujuk di sini.

Kenyataan Datuk Dr. Daud Bakar berkenaan pentauliahan Patuh Syariah Public Gold
Kenyataan Datuk Dr. Daud Bakar berkenaan pentauliahan Patuh Syariah Public Gold

Posting asal daripada Datuk Dr. Daud Bakar berkenaan Pengesahan Patuh Syariah ada di sini.

Pada asasnya, konsep yang ditawaran di Public Gold BUKANLAH berkisarkan tentang pelaburan emas, tetapi Public Gold menawarkan jual beli emas.

Sama macam anda ke kedai – kedai emas di luar sana, Public Gold sama seperti mereka. Cuma yang membezakan, sistem di Public Gold mendapat pentauliahan patuh syariah.

Jadi, lebih yakin la kan?

Paling penting, sijil ini boleh ditarik balik sekiranya pihak Public Gold gagal mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

“Ala, saya nak huraian. Masih tak faham la”

Baik, saya copy paste penjelasan Ustaz Khairul Anuar Basri, pakar muamalat Islam tentang proses jual beli Public Gold dari perspektif syariah. Beliau juga ada mengeluarkan buku tentang Emas dan Syariah.

“Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :

  1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
  2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
  3. Jualan balik (Buy Back).

Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.

Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).

Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.

Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.

SITUASI 1 : BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH

Proses utama dalam produk ini ialah :

  1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

SITUASI 2 : BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT (EPP)

Proses utama dalam produk ini ialah :

  1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

SITUASI 3 : JUALAN BALIK (BUY BACK)

Proses utama dalam produk ini ialah:

  1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.
  2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.
  3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.”

Semoga catatan Ustaz Khairul Anuar ini akan membuatkan kita semua lebih faham tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold dan berurusniaga dengan penuh yakin.

YAKINLAH DENGAN PENASIHAT SYARIAH

Semoga segala usaha yang diambil oleh dealer – dealer awal tentang penambahbaikan terutamanya isu patuh syariah ini mendapat ganjaran di sisi Allah.

Kita selaku orang awam khususnya, teruskan membaca dan menyokong pakar – pakar muamalat kita dengan melanggan produk – produk patuh syariah seperti Takaful, Perbankan Islam dan Emas Public Gold.

Isi butiran di bawah untuk saya bantu melanggan akaun Emas GAP Public Gold.

You may also like...

1 Response

  1. January 9, 2021

    […] jika pembelian melalui akaun GAP, ianya telah mendapatkan sijil pengiktirafan patuh syariah daripada Amanie Advisors Sdn Bhd. Ianya adalah salah satu syarikat penasihat syariah terkemuka di […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *