Cuepacs PA Takaful Kemalangan Diri Penjawat Awam
Program Takaful Kemalangan Diri Cuepacs PA ini adalah salah satu manfaat tambahan yang disediakan khusus untuk penjawat awam. Ianya juga adalah pelengkap kepada Program Kad Perubatan Cuepacs Care.
Program ini direalisasikan oleh CUEPACS dan Medicare dengan memberi perlindungan 24 jam dengan bayaran sumbangan yang begitu rendah dan mampu dimiliki oleh semua peringkat Penjawat Awam.
Program Perlindungan Kemalangan Diri CUEPACSPA merangkumi perlindungan kewangan untuk kematian, kecacatan anggota badan sama ada kecacatan kekal, penuh atau separa sehingga RM440,000.00.
LIMA KEISTIMEWAAN PROGRAM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI PENJAWAT AWAM
Program ini menyediakan perlindungan kepada penjawat awam dari sudut kemalangan. Yang istimewa, perlindungan yang diberikan adalah sangat menarik.
#KEISTIMEWAAN 1 : TINGGI NILAINYA
Memberikan perlindungan sehingga RM440,000 untuk seorang.
#KEISTIMEWAAN 2 : Perlindungan 24 Jam
Memberikan perlindungan 24 jam, di seluruh dunia
#KEISTIMEWAAN 3 : MAMPU DIMILIKI
Kadar sumbangan yang sangat rendah dan memang mampu untuk dimiliki
#KEISTIMEWAAN 4 : MUDAH DISERTAI
Kemudahan penyertaan melalui potongan Biro Angkasa dan pemeriksaan kesihatan TIDAK diperlukan
#KEISTIMEWAAN 5 : KHAIRAT KEMATIAN
Memberikan manfaat tambahan iaitu khairat kematian jika kematian disebabkan kemalangan atau kematian biasa
#BONUS ISTIMEWA : UPAH HAJI UNTUK MUSLIM
Memberikan manfaat badal haji kepada peserta muslim jika kematian disebabkan kemalangan atau kematian biasa
MANFAAT TERBAIK PROGRAM CUEPACS PA
Terdapat beberapa manfaat yang sangat istimewa dan komprehensif yang ditawarkan melalui dua pelan yang berbeza.
Manfaat 1 : Kematian akibat kemalangan sebagai penumpang di dalam Pengangkutan Awam Berlesan
Pampasan akan diberikan seperti berikut :
Pelan A : RM220,000
Pelan B : RM440,000
Manfaat 2 : Kematian akibat pengangkutan sendiri
Kematian akibat kemalangan jalan raya dengan menggunakan kenderaan sendiri. Akan dibayar pampasan seperti berikut :
Pelan A : RM110,000
Pelan B : RM220,000
Manfaat 3 : Kematian akibat lain – lain kemalangan
Kematian akibat lain – lain kemalangan seperti pembunuhan, mogok, kekacauan awam, keracunan makanan secara kemalangan, lemas secara kemalangan dan panahan petir.
Pelan A : RM110,000
Pelan B : RM220,000
Manfaat 4 : Kelumpuhan menyeluruh atau ketidakwarasan akibat kemalangan
Perlindungan bagi kelumpuhan menyeluruh dari leher ke bawah atau ketidakwarasan menyeluruh dan tidak dapat diubati, akibat kemalangan
Pelan A : RM220,000
Pelan B : RM440,000
Manfaat 5 : Hilang upaya kekal akibat kemalangan
CuepacsPA melindungi hilang upaya kekal atau kehilangan anggota badan akibat kemalangan yang menghalang sama sekali peserta daripada menjalankan perniagaan atau sebarang pekerjaan dalam tempoh sekurang-kurangnya selama 12 bulan dari tarikh kecederaan anggota badan dan tiada harapan untuk sembuh
Pelan A : RM110,000
Pelan B : RM220,000
Manfaat 6 : Perbelanjaan perubatan akibat kemalangan
Pembayaran balik bagi semua perbelanjaan perubatan akibat
kemalangan ditanggung oleh CuepacsPA semasa dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta
Pelan A : RM3,000
Pelan B : RM5,000
Manfaat 7 : Elaun Tunai Harian di hospital kerajaan
Elaun tunai harian di Hospital Kerajaan sebanyak RM100 sehari diberi semasa penghospitalan akibat kemalangan kepada peserta CuepacsPA
Pelan A : RM2,000
Pelan B : RM3,000
Manfaat 8 : Elaun Perjalanan mingguan
Elaun tunai mingguan diberkan kepada ahli keluarga terdekat untuk melawat peserta semasa di hospital akibat kemalangan.
Pelan A : RM50 seminggu, sehingga RM500
Pelan B : RM100 seminggu, sehingga RM1,000
Manfaat 9 : Khairat Kematian
Manfaat tambahan untuk digunakan sebagai perbelanjaan pengebumian, penguburan atau pembakaran jenazah (bagi bukan islam) dan upah haji (bagi beragama islam)
Pelan A :
Peserta bukan islam – RM3,000
Peserta Muslim – RM1,500 (Upah Haji) dan RM1,500 (Khairat Kematian)
Pelan B :
Peserta bukan islam – RM6,000
Peserta Muslim – RM3,000 (Upah Haji) dan RM3,000 (Khairat Kematian)
PILIHAN CUEPACS PA
Bagi yang berminat untuk mendapatkan Cuepacs PA ini, anda boleh memilih antara pelan yang berikut, iaitu :
Pelan A : RM 6 sebulan (tidak termasuk SST)
Pelan B : RM 12 sebulan (tidak termasuk SST)

Bagi ahli, umur kemasukan ialah bermula 18 tahun sehingga 60 tahun. Pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.
Had umur yang sama juga bagi pasangan.
Bagi anak pemohon, akan dilindungi dari umur 30hari sehingga 18 tahun. Perlindungan akan dilanjutkan sehingga anak berumur 23tahun jika masih belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.
Info lengkap boleh dimuat turn di sini.
Saya cadangkan penjawat awam mengambil peluang di dalam program ini yang sangat mampu untuk dimiliki. Bagi yang berminat untuk dapatkan produk Kad Perubatan, boleh klik di sini.
Isikan maklumat sekiranya berminat.