Perlindungan Kanser Dengan Cashback Tahunan
Manfaat Perlindungan Kanser adalah sebagai langkah persediaan kepada semua individu. Seperti yang diketahui, penyakit kanser antara salah satu penyumbang kepada kadar kematian di negara dan juga di dunia. Kita sendiri tidak tahu adakah badan kita ini mempunyai sel kanser yang aktif atau pun tidak.
Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2018, kanser adalah penyebab kematian paling tinggi di hospital swasta iaitu sehingga 33.11% mana kala keempat paling tinggi di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu 11.8%.
Pada tahun yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 1 daripada 6 kematian di dunia adalah disebabkan kanser.
Mengikut KKM, faktor – faktor risiko kanser adalah serupa dengan faktor risiko penyakit kronik yang lain seperti pemakanan dan gaya hidup.
PERLINDUNGAN KANSER DENGAN MANFAAT LUAR BIASA
Seperti yang diketahui, pengesanan dan rawatan awal terhadap kanser dan meningkatkan peluang kepada pesakit untuk sembuh.
Saya memperkenalkan Produk Perlindungan Kanser Menyeluruh yang sangat mampu milik dan mempunyai satu – satunya ciri yang terbaik di pasaran.
Apa yang menarik, anda layak menerima cashback setiap tahun dan perlindungan menyeluruh bagi kanser awal dan akhir.
Jom tengok manfaat pelan ni.
PERTAMA : CASHBACK SEHINGGA 50%
Anda layak menikmati cashback sehingga 50% daripada jumlah sumbangan tahunan anda. Contoh, anda membayar RM393.25 sebulan. Bersamaan RM4,919.00 setahun.
Maka, cashback yang anda layak nikmati adalah sehingga RM2,359.50!
Sebagai pengetahuan, cashback pada tahun pertama adalah 20%. Anda hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan peluang gandaan cashback sehingga 50%.
Pasti anda sedia tahu, mengamalkan gaya hidup yang sihat mampu untuk mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

KEDUA : PERLINDUNGAN KANSER AWAL DENGAN ELAUN PEMULIHAN
Anda akan dibayar 30% daripada jumlah perlindungan sekiranya didiagnos kanser peringkat awal yang berikut :
- Karsinoma in situ
- Kanser Prostat Awal
- Kanser Tiroid Awal
- Kanser Pundi Awal
- Leukemia Limfositik Kronik Awal
Selepas itu, anda layak menikmati Elaun Pemulihan sebanyak 10% daripada jumlah perlindungan pada bulan ke-6 dan bulan ke-12.
Pada waktu ini, tabungan manfaat telah berkurangan sebanyak 50%.
“Alamak dah berkurang ke?”
Jangan risau, pelan ini memang menarik.
Kerana sekiranya anda masih belum sembuh daripada penyakit kanser, tabungan manfaat akan ditambah menjadi 100%.
Menarik bukan?
Ya, ini yang membuatkan pelan ini menjadi sangat unik dan luar biasa.
KETIGA : JIKA DIDIAGNOS KANSER PERINGKAT AKHIR
Ada tiga situasi,
Yang pertama, jika anda didiagnos dalam tempoh 12 bulan daripada kanser pertama di kesan, anda akan dibayar baki tabungan yang ada.
Yang kedua, jika anda didiagnos mempunyai kanser selepas 12 bulan daripada tempoh kanser pertama dikesan, anda akan dibayar 100% daripada nilai perlindungan.
Yang ketiga, jika anda terus didiagnos kanser tahap akhir, (tidak berjaya mengesan kanser tahap awal) anda akan dibayar seperti cara kedua.
Tidak kira sama ada mana – mana situasi di atas, anda masih layak untuk mendapatkan Elaun Pemulihan sebanyak lima tahun berturut – turut. Jumlah elaun adalah 10% daripada jumlah perlindungan anda.
Menarik bukan?
KEEMPAT : MANFAAT HIBAH
Wah, ada manfaat hibah?
Ya, ada.
Jika berlaku kematian kurang 2 tahun selepas tarikh sign up, 100% sumbangan akan diberikan secara hibah kepada waris. Kecuali bagi kematian berpunca daripada kemalangan, hibah akan diberikan berdasarkan 10% daripada jumlah perlindungan atau merujuk kepada nilai tunai, (mengikut nilai mana yang lebih tinggi)
Jika berlaku kematian selepas 2 tahun dari tarikh sign up hibah akan diberikan berdasarkan 10% daripada jumlah perlindungan atau merujuk kepada nilai tunai. Akan diberikan mengikut nilai mana yang lebih tinggi.
Jika pemegang sijil meninggal semasa menerima Elaun Pemulihan, 100% jumlah elaun akan dibayar terus kepada waris secara hibah.
Rujuk contoh anggaran di bawah.

KELIMA : MANFAAT MATANG
Sijil takaful ini akan memberikan perlindungan sehingga umur 80 tahun. Anda layak dibayar 100% nilai perlindungan pada umur 80 tahun.
Jika jumlah perlindungan RM50,000 maka anda layak mendapat RM50,000
Jika jumlah perlindungan RM300,000 maka anda layak dapat RM300,000
Bertambah menarik. Betul?
KEENAM : DAH ADA SEJARAH PENYAKIT PUN BOLEH LULUS
Permohonan akan diluluskan walaupun anda mempunyai sejarah penyakit yang kronik atau penyakit sedia ada.
Namun ada kemungkinan tidak diluluskan jika anda ataupun keluarga mempunyai sejarah penyakit kanser.
KETUJUH : MANFAAT PENJAGAAN KESIHATAN
Dengan mengamalkan gaya hidup sihat, anda berpeluang mendapatkan baucar mingguan seperti eWallet Reload Touch n Go, Baucar Grab dan Baucar Shopee.
Selain itu, anda juga layak untuk mendapatkan pelbagai diskaun hebat untuk pembelian barangan kesihatan.
KENAPA PERLU PERTIMBANGKAN PELAN PERLINDUNGN KANSER INI?
Dengan semua senarai manfaat yang sudah dinyatakan, saya yakin pelan ini perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya.
Cuba anda bertanya kepada diri dan orang terdekat anda, berapa ramai yang anda kenal sudah diuji dengan kanser? Adakah anda bersama mereka berjuangan?
Harga pelan ini berbeza mengikut umur, jantina dan status merokok.
Jika anda tiada sejarah penyakit, boleh dipakejkan bersama Medical Card Bajet. Memang sangat berbaloi.
Isikan butiran di bawah untuk quotation.