Senarai Pelepasan Cukai 2021 bagi eFilling 2022

Setiap kali masuk bulan Mac, kita akan mula siapkan dan kumpul semua dokumen yang layak untuk dapat Pelepasan Cukai. Betul tak?

Cuma sejujurnya, kita bukan ingat sangat apa faedah pelepasan ni dan kebiasaanya akan berubah – ubah setiap tahun. Betul tak?

Sebelum tu, siapa yang perlu daftar cukai ni? Individu yang mempunyai pendapatan RM34,000 setahun selepas ditolak caruman KWSP. Nasihat saya, kalau dah hampir – hampir tu, buka je fail. Declare tak semestinya bayar.

Ini senarai Pelepasan Cukai bagi tahun 2021

Pelepasan Individu

  • Individu dan saudara tanggungan : RM9000
  • Individu kurang upaya : RM6000
  • Suami atau isteri kurang upaya : RM5000
  • Suami / ister / alimoni kepada bekas ister : RM4000
  • Yuran pengajian diri sendiri : RM7000

Gaya Hidup, Perubatan dan Peralatan Berkaitan

  • Rawatan perubatan keperluan khas dan Penjagaan ibu bapa : RM8000
  • Peralatan alat sokongan khas : RM6000
  • Gaya hidup : RM2500
    • Pembelian bahan bacaan
    • Pembelian komputer peribadi
    • Telefon pintar / internet
    • Pembelian peralatan sukan, bayaran keahlian gymnasium
    • Tambahan RM2500 untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet
      • Tambahan gaya hidup RM500 berkaitan aktiviti sukan
      • Pembelian peralatan sukan
      • Sewaan / fi di mana-mana fasiliti sukan
      • Fi pendaftaran penyertaan pertandingan
  • Perbelanjaan melancong dalam negara : RM1000
    • Penginapan di premis yang berdaftar
    • Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancongan
  • Pembelian peralatan penyusuan : RM1000
    • Pembayar cukai wanita sahaja
    • Anak berumur kurang 2 tahun sahaja
    • Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun
  • Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius & perbelanjaan rawatan kesuburan RM8000
    • Termasuk rawatan perubatan penuh, ujian pengesanan COVID19 dan vaksinasi yang dibenarkan terhad RM1000

Pelepasan Anak

  • Anak bawah 18 tahun : RM2000
  • Anak 18 tahun ke atas : RM2000 (belum berkahwin / belajar sepenuh masa)
  • Anak 18 tahun ke atas : RM8000 (belum berkahwin / belajar di IPT)
  • Yuran taman asuhan kanak-kanak / tadika berdaftar : RM3000
  • Anak kurang upaya : RM6000
    • Tambahan bagi anak kurang upaya RM8000 (belajar di IPT – Diploma / ke atas

Caruman dan sumbangan

  • Takaful Hayat dan KWSP
    • Individu penjawat awam dan berpencen RM7000 atau
    • Selain penjawat awam *insuran nyawa / takaful RM3000
  • KWSP / Skim yang diluluskan : RM4000
  • PERKESO : RM250
  • Skim persaraan dan anuiti tertunda : RM3000
  • Takaful perubatan dan pendidikan (individu / pasangan /anak) : RM3000
  • SSPN (tabungan bersih) : RM8000
Pelepasan Cukai 2021

Untuk nikmati semua pelepasan cukai ni, pastikan anda sediakan resit atau dokumen yang berkaitan. Macam yang LHDN cakap, semua dokumen kena simpan sehingga 7 tahun tau.

Bila kita kena isi eFilling ni?

  1. Bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan mulai 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022
  2. Bagi individu yang menjalankan perniagaan mulai 1 Jun 2022 hingga 30 Jun 2022

Daftar e-Filling disini : MyTax

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *