Buku Manual Wang (BMW 3Series)

Produk ini adalah kesinambungan daripada Produk eLearning Seminar Bijak Merancang Wang. Setelah memahami cara dan kaedah menguruskan wang, anda perlukan satu bahan untuk menulis dan menjadikan bahan tulisan tersebut sebagai satu ‘Blueprint’ kepada pengurusan dan seterusnya kepada kekayaan anda.

Apa yang membezakan produk ini?

Saya mudahkan, eSeminarBMW macam kita tonton ceramah kesedaran kesihatan atau baca berkenaan cara-cara menjaga kesihatan. Kita tahu berapa berat badan yabg ideal. Kita tahu apa makanan yang sihat dan tidak. Kita belajar cara menjaga kesihatan. Kita belajar kepentingan bersenam dan sebagainya.

Manakala #BMW3series pula adalah proses “medical check up”. Kita buat check BMI, up darah, air kencing, tekanan jantung, aliran darah, kandungan gula dalam darah, dan sebagainya.

Berdasarkan laporan medical check up tersebut, kita akan tahu penyakit-penyakit yang ada dalam badan kita tanpa kita sedari. Kita juga tahu kalau dibiarkan, mungkin akan beri kesan buruk. Jadi, selepas itu kita boleh ambil tindakan yang sewajarnya untuk mendapat kesihatan dan berat badan yang ideal.

Lebih mudah fahamkan?

eSeminarBMW ialah proses pembelajaran perancangan kewangan. Kita tahu kepentingan aliran tunai. Kita sedar betapa penting pelan persaraan. Kita belajar tentang beza antara simpanan dan pelaburan. Kita juga tahu fungsi sebenar takaful. Kita tahu perancangan pusaka dan sebagainya.

Manakala dalam #BMW3series pula kita akan tahu sejauh mana kedudukan kewangan kita.

Adakah aliran tunai kita bagus atau tidak. Kita kesan di mana kebocoran yang berlaku. Kita tahu bahawa persediaan persaraan kita masih tak mencukupi. Kita sedar bahawa selama ini polisi takaful kita overpaid. Kita boleh rancang penyelesaian hutang piutang dan sebagainya.

Ia akan menjadi bluprint kewangan kita seterusnya kita boleh mengambil tindakan seperti kurangkan perbelanjaan, tambah pendapatan, tingkatkan simpanan, langgan takaful yang sesuai, buat wasiat dan sebagainya.

DAPATKAN TERUS BUKU MANUAL WANG SIRI KE-3 DI SINI

Konsep workbook ini sangat mudah. Semudah 3C iaitu :

Cetak : Cetak berulang – ulang kali Softcopy yang dibekalkan ini.

Catat : Tulis maklumat – maklumat kewangan peribadi untuk dianalisa tahap ‘kesihatan’ kewangan anda

Cetus : Anda akan dibekalkan pelan tindakan untuk membantu mencapai matlamat kewangan anda

Siapa yang patut dapatkan workbook ini?

  • Mereka yang ingin mengetahui kedudukan kewangan sendiri
  • Mereka yang rasa tertekan dengan masalah kewangan dan ingin memperbaiknya
  • Mereka yang ingin memperbaiki aliran tunai dan menambah aset
  • Mereka yang ingin merancang pelaburan tapi tak tau nak mula dari mana
  • Mereka yang keliru dengan produk-produk kewangan yang ada di pasaran
  • Mereka yang baru hendak belajar melabur dalam pasaran saham, hartanah, unit trust, emas dan sebagainya.
  • Graduan muda yang hendak rancang kewangan dan mulakan kehidupan
  • Mereka yang ingin mengubah kewangan
  • Mereka yang rasa terbeban dengan hutang yang banyak

Anda Juga Akan Mendapat 13 Video Iringan Untuk Membantu Mengisi Workbook Buku Manual Wang 3 Series Dengan Mudah

Selepas membaca dan menonton kesemua 13 video, dan selepas anda membetulkan kembali mindset kewangan dan memeriksa tahap kesihatan kewangan, saya yakin anda akan lebih bijak merancang kewangan dan ini akan berlaku:

  • Merancang apa nak buat selepas itu untuk menambahbaik kesihatan kewangan
  • Mengira sendiri berapa coverage takaful yang sesuai dan pilih produk yang paling berbaloi berdasarkan kedudukan kewangan.
  • Perancangan jangka masa panjang untuk simpanan, takaful dan pelaburan
  • Memilih pelaburan yang sesuai untuk membuat perancangan persaraan.
  • Mengetahui kepentingan untuk merancang pusaka
  • Membuat juga simpanan dengan berdisiplin, tahu nak simpan kat mana dan berapa banyak nak simpan.
  • Mengetahui keperluan untuk menyucikan harta melalui zakat dan sedekah.

Masih nak bertangguh untuk betulkan kedudukan kewangan anda?

Atau nak mula berubah?

Klik terus di sini untuk dapatkan preview membeli produk ini.