Kad Perubatan Cuepacs Care

Kad Perubatan sudah menjadi satu ‘keperluan’ dikalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang mempunyai kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan. Saya nak kongsi berita gembira, istimewa untuk sahabat – sahabat Penjawat Awam, anda layak untuk memohon Kad Perubatan Cuepacs Care anda dengan pihak kami.

Ya, kami memberikan NILAI TAMBAH kepada anda dengan memberikan pelbagai pilihan dalam Kad Perubatan.

Anda nak Medical Card Rider boleh. Anda nak Medical Card Stand Alone pun boleh, atau jika anda penjawat awam, anda layak untuk menyertai Pelan Kad Perubatan Cuepacs Care ini.

KEISTIMEWAAN KAD PERUBATAN CUEPACS CARE

Jika anda seorang penjawat awam, sudah pasti anda sedar bahawasanya, anda mempunyai keistimewaan untuk mendapatkan rawatan komprehensif di hospital kerajaan.

Namun, saya pasti anda juga sedar, menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan sangat lama. Betul?

Bayangkan, anak anda demam panas. Mungkin demam denggi, mungkin demam influenza. Anda sebagai orang dewasa mungkin boleh bersabar. Tetapi, jika anak anda merengek dan menangis, adakah anda sanggup untuk menunggu, dan terus menunggu?

Pengalaman saya sendiri, jika menunggu giliran di ruangan kecemasan, adalah tersangat lama. (Ianya jadi sangat lama kerana kita atau ahli keluarga dalam keadaan yang tidak sihat)

Anda perhatikan juga, pihak hospital akan mengutamakan kes – kes kecemasan terlebih dahulu!

Betulkan?

Baiklah, jom saya tunjukkan apakah keistimewaan Kad Perubatan Cuepacs Care ini.

#Keistimewaan 1 : Melindungi Seisi Keluarga
Jika suami seorang penjawat awam, isteri anda akan termasuk di dalam pakej ini. Dan paling menyeronokkan, tiada bilangan anak bagi satu Pelan Keluarga.

#Keistimewaan 2 : Mudah Digunakan
Kad Perubatan ini diterima lebih 70 buah panel hospital pakar di seluruh Malaysia.

#Keistimewaan 3 : Manfaat Komprehensif
Cuepacs Care melindungi kos rawatan dari Pra Penghospitalan, Penghospitalan dan Rawatan susulan.

#Keistimewaan 4 : Mampu Dimiliki
Kadar sumbangan bagi Pelan Keluarga dan Individu adalah tersangat mampu untuk dimiliki.

#Keistimewaan 5 : Mudah Disertai
Bagi yang berminat untuk mendapatkan Kad Perubatan, pemeriksaan kesihatan adalah tidak diperlukan dan semua sumbangan pelan ini akan dipotong melalui Biro Potongan Angkasa.

PILIHAN PELAN MY CUEPACS CARE

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Kad Perubatan Cuepacs Care ini, anda boleh memilih antara pelan yang berikut, iaitu :

#Pelan 1 : Pelan Individu

Bagi pelan individu, ianya akan memberikan perlindungan kepada ahli sahaja dengan :
i. Had Tahunan : RM 40,000
ii. Had Setiap Ketidakupayaan : RM 20,000

Kadar sumbangan bagi Pelan Individu adalah :
i. RM 40 sebulan bagi individu berumur 18 hingga 55 tahun
ii. RM 69 sebulan bagi individu berumur 56 hingga 59 tahun

#Pelan 2 : Pelan Keluarga

Bagi pelan keluarga, ianya akan memberikan perlindungan kepada ahli sahaja, pasangan dan semua anak dengan :
i. Had Tahunan : RM 60,000
ii. Had Setiap Ketidakupayaan : RM 20,000

Kadar sumbangan bagi Pelan Keluarga adalah :
i. RM 106 sebulan bagi pemohon penjawat awam berumur 18 hingga 55 tahun
ii. RM 174 sebulan bagi pemohon penjawat awam 56 hingga 59 tahun

Inginkan info tambahan?

Klik di sini untuk info penuh, atau isikan butiran di bawah untuk pihak kami hubungi anda secepat mungkin.