Laman blog UrusTunai.Com dihasilkan untuk berkongsi tentang Pengurusan Kewangan dengan cara yang santai.
Nama ‘Urus Tunai’ dipilih kerana tunai yang merujuk kepada ‘cashflow’ iaitu aliran tunai. Di dalam mana – mana modul kewangan, aliran tunai adalah menjadi satu faktor yang paling penting selain daripada pengurusan aset.

Penulis blog ini adalah Tuan Amirrul Ashraf bin Haji Mohd Mislan atau lebih mudah di kenali sebagai Ashraf Mislan. Beliau kini seorang penulis yang fokus pada penulisan kewangan terutamanya takaful dan pengurusan pusaka.
Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan sejak tahun 2019 bersama INFAQ Consultancy, Harith Faisal Group dan sebuah firma kewangan Capsring Temasik.



Penulis juga mempunyai pengalaman berkaitan perniagaan iaitu Perniagaan Percetakan, Fotostat dan Rubber Stamp. Pengalaman jatuh bangun beliau dalam menguruskan kewangan akan dikongsikan dan diabadikan di dalam laman blog ini.
Antara Perkhidmatan yang disediakan dalam laman blog ini adalah :
- Income Protection / Hibah Takaful
- Medical Card Standalone / Premium
- Pelaburan Emas
- Medical Crowd Funding Program
- Takaful – Medical Cuepacs Care
Harapan kami, semoga laman blog ini menjadi medan dan tercetusnya kesedaran para pembaca berkaitan pengurusan kewangan peribadi.
“Pelaburan Paling Bernilai Ialah Pelaburan Ilmu”